amerika dan negara china paling banyak buang sisa eletronik
TIMBUNAN televisyen lama dilihat di sebuah pusat kitar semula di bandar raya Zhuzhou, dalam wilayah Hunan, selatan China pada 26 Ogos 2013.
OSLO – Amerika Syarikat (AS) dan China merupakan penyumbang terbesar sampah elektronik seperti telefon bimbit, pengering rambut dan peti sejuk pada 2014, manakala kurang satu perenam bahan buangan itu dikitar semula, menurut kajian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) semalam.
Secara keseluruhan, sebanyak 41.8 juta tan sampah elektronik dibuang di seluruh dunia pada tahun lalu dan cuma 6.5 juta tan bahan buangan itu dikitar semula, kata Universiti PBB (UNU) dalam laporan kajiannya.
Sampah elektronik merujuk kepada sebarang alat yang mengandungi bateri atau wayar elektrik.
“Sampah elektronik di serata dunia merupakan ‘lombong bandar’ yang berharga kerana memiliki banyak bahan kitar semula,” kata rektor UNU, David Malone.
Menurutnya, UNU menganggarkan sampah elektronik global mengandungi bahan buangan seperti emas, perak, besi dan kuprum yang bernilai sekitar AS$52 bilion (RM188.88 bilion).
Biz Bonanza Deal. The Only Broadband Deals for SMEs
AS mendahului pembuangan sampah elektronik dengan sejumlah 7.1 juta tan pada 2014, manakala China di tempat kedua dengan 6 juta tan diikuti oleh Jepun, Jerman dan India.
“AS mengutip satu juta tan sampah itu pada 2012 dan China pula mengumpulkan 1.3 juta tan peralatan termasuk televisyen, peti sejuk dan komputer riba sepanjang 2013,” menurut UNU.
Norway pula mendahului pembuangan sampah perkapita dengan setiap penduduknya membuang sebanyak 28 kilogram bahan buangan elektronik diikuti oleh Switzerland, Iceland, Denmark dan Britain.
AS berada di kedudukan kesembilan kategori sama tetapi China tiada dalam 40 kedudukan teratas senarai berkenaan.
Beberapa penyelidik berkata, semua logam yang terkandung dalam sampah elektronik itu termasuk 16.5 juta tan besi, 1.9 juta tan kuprum dan 300 tan emas mendatangkan manfaat ekonomi jika dikitar semula.
Kandungan emas bahan buangan elektronik global pula dianggarkan bernilai AS$11.2 bilion (RM40.68 bilion).
“Pada masa yang sama, sampah elektronik juga menjadi lombong toksik dan perlu diuruskan dengan amat teliti,” kata Malone yang merujuk kepada komponen berbahaya seperti raksa dan plumbum yang terkandung dalam sebahagian bahan buangan itu.
0 comments :
Catat Ulasan
SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI