tidurkan bayi dengan kertas tisu kurang dari 1 minit






VIDEO menunjukkan Seth kelihatan masih segar dan ingin bermain-main.

SYDNEY – Seorang bapa di sini hanya mengambil masa selama 42 saat untuk menidurkan bayi lelakinya yang berusia tiga bulan dengan menggunakan sehelai tisu muka.

Bapa berkenaan, Nathan Dailo telah memuat naik satu rakaman video di laman web perkongsian video YouTube mengenai cubaannya menidurkan anaknya yang bernama Seth itu.

Rakaman pada mulanya menunjukkan Seth kelihatan begitu segar sebelum Nathan mengusap muka anaknya beberapa kali dengan tisu,

Percubaan awal kelihatan tidak memberi sebarang kesan kepada bayi itu, namun usapan kali kelima menyebabkan Seth mula kelihatan mengantuk.

Bagaimanapun, bayi itu dilihat masih membuka matanya sehinggalah usapan kali ke-14 menyebabkan bayi berkenaan akhirnya tidur dengan nyenyak.

Video yang dimuat naik sejak dua minggu lalu berjaya menarik perhatian pengguna YouTube dan ditonton 26,000 kali

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI