SEBUT sahaja Proton Saga, pasti terlantas di fikiran anda sebuah kereta basic yang mempunyai rekaan yang ‘boleh la?’ dan sesuai untuk golongan pertengahan atau macai kot...?
Walaupun terdapat pelbagai edisi namun hakikatnya reka bentuk luaran kereta tersebut tetap sama kualitinya.
Namun, rekaan konsep daripada saudara Idiyaz Baharuddin, seorang pereka grafik yang berbakat besar dalam bidang 3 Dimensi, kononnya mampu memberikan impak yang amat luar biasa pada pandang pertama proton saga nih.
Sedikit info mengenai saudara Idiyaz, beliau merupakan salah seorang tenaga kerja dalam penghasilan animasi 3D untuk siri animsi Rimba Racer yang sedang hangat ketika ini .
Jom lihat beberapa rekaan menarik konsep yang diilhamkan oleh beliau.
Dari sudut hadapan, ia seakan Model Honda Civic FB dan di bahagian belakang pula seakan model Renault Megane.
Sememangnya rekaan yang cun dan amat menepati citarasa orang muda.
Kalau ikutkan memang tak payah modified apa dah kalau beli Proton Kokak nih.. Cuma tukar sport rim kepada saiz yang lebih besar sikit, pergh tangkap shahdu terus...perasaaannn...ewaaahhh...kualiti jangan tanya kalau proton yang bangunkan ...he he he
Wa rase baik pihak proton tidak mengambil idea dari peraka-pereka yang sebegini di dalam penghasilan model keretanya jika hanya boleh merosakkan lagi imej pereka pereka berbakat besar ini dengan menghasilkan kenderaan yang tidak yakini kualitinya oleh rakyat tempatan.
Rekaan rekaan sebegini sewajarnya di sesuaikan dengan kualiti keluaran sesuatu produk syarikat berkenaan .tak kiralah samada syarikat pengeluar itu dari dalam negara atau di luar sana.
Semoga harap harap proton mampu mengeluarkan rekaan-rekaan yang setanding seperti ini dan seterusnya mampu mengangkat jenama Malaysia setaraf dengan gergasi-gergasi pengeluar kereta dunia. janji kualiti di utamakan dan bukan setakat tangkap muat...produk ekspot di utamakan kualiti kononnya tapi untuk rakyat tempatan di buat sambil lewa ajer...
##
baca sini pasal proton kokak....
proton kokak
Home
/
proton kokak
/
agaknya ini kah dia rekaan proton kokak yang baru ?...perasan weiiiii.......kualiti ...?....kah kah kah
-
Blogger Comment
-
Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments :
Catat Ulasan
SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI