pulau ibarat syurga yang merbahaya

Pulau di Lautan Hindi sememangnya cukup terkenal dengan keindahan laut berwarna biru dan pasirnya yang berwarna putih.

Namun siapa sangka, di lautan itu terdapat sebuah pulau larangan yang telah diisytiharkan sebagai kawasan berbahaya kepada para pengunjung.

Hal ini kerana, sesiapa sahaja yang mendekati pulau yang dikenali sebagai Pulau Sentinel Utara ini akan dibunuh, sama ada dipanah atau dibaling batu.

Ini terbukti apabila pada tahun 2006, dua orang lelaki yang sedang memancing berdekatan pulau itu dilaporkan dibunuh oleh penghuni pulau itu.

Menurut laporan Daily Mail, pulau itu dikatakan didiami oleh suku kaum orang asli sejak 60,000 tahun lalu.

Malah, pihak berkuasa juga turut diserang dengan batu dan dipanah oleh orang asli ketika melakukan tinjauan udara menggunakan helikopter.

Susulan itu, pihak berkuasa India, yakni negara yang memiliki pulau itu mengeluarkan larangan bagi pihak luar agar tidak mendekati pulau berkenaan sebagai langkah keselamatan.













About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI