banduan di belasah polis di bayar RM 2.3 Juta untuk elak kos guaman
SEBAHAGIAN rakaman oleh sebuah stesen televisyen kejadian Pusok dibelasah anggota polis yang cuba menahannya
LOS ANGELES – Pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) bersetuju membayar AS$650,000 (RM2.3 juta) kepada seorang lelaki yang dibelasah oleh 10 anggota polis selepas kejadian itu dirakam oleh sebuah stesen televisyen.
Polis di San Bernardino berkata, Francis Jared Pusok, 30, yang memiliki rekod jenayah dibayar pampasan itu bagi mengelakkan kos khidmat guaman.
Bagaimanapun, kesemua anggota polis terlibat tidak mengaku salah memukul lelaki tersebut.
“Tujuan utama perjanjian yang dibuat antara kedua-dua pihak adalah bagi mengelakkan kos khidmat guaman.
“Perjanjian ini dilihat sebagai satu keputusan yang adil untuk semua orang termasuk pembayar cukai,” kata Pengerusi Lembaga Pengelola Jabatan Polis di San Bernardino, James Ramos.
Sebanyak 10 anggota syerif yang terlibat membelasah lelaki itu ditahan awal bulan ini dan telah diarah bercuti pada 10 April lalu ekoran kejadian tersebut.
Kesemua anggota polis yang membelasah lelaki itu telah ditahan selepas rakaman kejadian tersebut disiar oleh sebuah stesen televisyen.
Seorang syerif di San Bernardino, John McMahon berkata, dia terganggu dengan rakaman penahanan Pusok yang ditendang sebanyak 13 kali, ditumbuk 37 kali dan dipukul dengan belantan empat kali.
Pusok sebelum itu dikenakan waran tangkap bagi membantu siasatan kes mencuri identiti.
“Pada mulanya, dia melarikan diri untuk mengelakkan polis menahannya sebelum mencuri seekor kuda,” kata Jabatan Syerif San Bernardino
0 comments :
Catat Ulasan
SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI