morsi senasib dengan anwar...di penjara kerana tuduhan palsu...sebijik rejim gila abdul fatah as sisi dengan rejim perompak najib altantuya ...!!!

Morsi dipenjara 20 tahun


Morsi mengangkat tangan semasa perbicaraan di sebuah mahkamah di Kaherah kelmarin


KAHERAH – Pemimpin gerakan Ikhwanul Muslimin, Mohamed Morsi dijatuhi hukuman penjara 20 tahun tanpa parol semalam berkaitan tuduhan menghasut pembunuhan sejumlah penunjuk perasaan, hampir tiga tahun selepas beliau menjadi Presiden Mesir pertama yang dipilih menerusi pilihan raya bebas.

Morsi berada di kandang tertuduh semasa Hakim Ahmed Sabry Youssef membacakan keputusan mahkamah terhadap dirinya dan 12 anggota Ikhwanul Muslimin lain termasuk beberapa pemimpin kanan pergerakan itu, Mohamed el-Beltagy dan Essam el-Erian.

Hukuman tersebut disiarkan secara langsung oleh stesen televsiyen Mesir.

Kesemua tertuduh itu didapati bersalah melakukan keganasan, penculikan dan penyeksaan berkaitan kematian sejumlah penunjuk perasaan semasa tunjuk perasaan pada 2012.

Mereka dibebaskan daripada tuduhan membunuh yang membawa hukuman mati.

Seorang peguam kepada beberapa tertuduh berkenaan memberitahu bahawa mereka akan merayu hukuman itu.

Keputusan mahkamah itu bagaimanapun dikritik oleh ulama tersohor Mesir, Sheikh Yusuf al-Qardawi yang menetap di Qatar.

“Badan kehakiman di Mesir bukan lagi menjadi salah satu cabang kuasa. Sebaliknya, semua kuasa dan negara (Mesir) kini diperintah oleh tentera,” katanya dalam satu kenyataan.

Selain itu, Morsi berdepan empat pertuduhan lain termasuk membocorkan rahsia negara kepada Qatar, berkomplot bersama kumpulan Hamas untuk menggugat Mesir dan merancang meloloskan diri dari penjara semasa kebangkitan rakyat menentang diktator Hosni Mubarak pada 2011.

Morsi dilantik sebagai Presiden Mesir selepas memenangi pilihan raya 2012 sebelum digulingkan oleh pihak tentera yang diketuai Jeneral Abdel Fatah al-Sisi susulan protes rakyat.

Dalam pada itu, anak lelakinya Osama menyatakan hukuman penjara itu tidak akan melemahkan semangat Morsi dan Ikhwanul Musilimin untuk terus memperjuangkan demokrasi di Mesir.

“Kami pasti akan memperolehnya (kemenangan). Bapa saya akan terus berjuang. Jangan bimbang tentang semangat Mohammed Morsi. Beliau sangat sihat, baik fizikal dan mental,” katanya semalam.



##





beza 15 tahun ajer...jalan cerita sama...tuduhan palsu untuk menghapuskan demokrasi  serta menutup kejahatan  sang penguasa yang rakus menindas rakyat...manakala kroni sang penguasa yang kebas duit rakyat lepas bebas tidak di dakwa..


mahkamah kartun  putuskan anwar bersalah dan di hukum penjara 5 tahun...


contoh bagaimana  penjenayah yang kebas duit lembu rakyat tidak dakwa dengan alasan tidak tahu walaupun tidor sekelambu dengan laki lembu kini jadi penasihat kepada  rejim gila najib dan rosmah...!!!

Duit Projek Lembu RM256 Juta : Sharizat Tidak Tahu Projek NFC & Isu 2 unit Kondominium ‘One Menerung’!!

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI