pekerja tertidur dalam kargo...pesawat terpaksa berpatah balik
1:44 PTG
amerika syarikat
,
berita
,
kargo
,
luar negara
,
patah balik
,
pekerja
,
pesawat
,
tidor
Edit
MEJ daripada rakaman video memaparkan pekerja Menzies Aviation mengiring rakan sekerja yang dikeluarkan dari ruang kargo pesawat Alaska Airlines di Lapangan Terbang Antarabangsa Seattle-Tacoma di Seattle.
SEATTLE – Satu penerbangan Alaska Airlines ke Los Angeles terpaksa berpatah balik ke Seattle selepas seorang pekerja dilaporkan tertidur dan terperangkap dalam ruang kargo pesawat.
Penerbangan 448 baru saja berlepas pada tengah hari apabila juruterbang terdengar ketukan dari bahagian bawah lantai pesawat.
Dalam satu kenyataan media, syarikat penerbangan itu menyatakan juruterbang pesawat berkenaan terus berpatah balik ke Lapangan Terbang Antarabangsa Seattle-Tacoma dan mengisytiharkan kecemasan untuk mendarat.
Selepas pesawat itu mendarat, pekerja terbabit ditemui di ruang hadapan bahagian kargo yang mana tekanan udara dan suhu dikawal.
Menurut syarikat itu, seorang pekerja Menzies Aviation memberitahu dia tertidur dalam pesawat berkenaan ketika bertugas.
Pekerja terbabit berada dalam keadaan baik tetapi dihantar ke hospital sebagai langkah berjaga-jaga.
Alaska Airlines menyatakan ia masih menyiasat kejadian itu.
0 comments :
Catat Ulasan
SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI