awas ketika mengisi minyak...jangan alpa ada yang mengambil kesempatan

Lelaki Mabuk Bakar Diri Sendiri Sampai Rentung








Bahana mabuk, seorang individu bertindak membakar dirinya sendiri sehingga rentung di sebuah stesen minyak.

Kejadian itu berlaku di stesen minyak Petron Bandar Baru Klang Aeon (Jaya Jusco) Bukit Raja, Klang, Selangor.

Insiden bermula ketika seorang pemilik kenderaan Proton Saga yang sedang mengisi minyak, meninggalkan keretanya itu untuk ke tandas.

 ketika kejadian, ahli keluarganya berada di dalam kereta tersebut.

Tak lama selepas itu, muncul seorang individu lalu mencabut nozel di kereta sebelum mencurahkan minyak yang masih mengalir ke tubuh sendiri.

Dia kemudiannya dilihat menyalakan api sebelum ia menyambar dan membakar dirinya sehingga hangus.

Kejadian tersebut mungkin sesuatu yang tak mampu dijangka, namun ia turut memberi peringatan kepada pemilik kereta supaya tidak meninggalkan kenderaan tanpa pengawasan ketika sedang mengisi minyak.

Cuba bayangkan kalau individu itu turut mencurahkan minyak ke kereta dan membakarnya?

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI