kambing ajaib di sembelih


JASSIR dan kambing jantannya yang mengeluarkan susu.

Gaza – Pihak berkuasa Palestin di sini menyembelih seekor kambing jantan yang dianggap ajaib kerana boleh mengeluarkan susu selepas orang ramai percaya susu haiwan itu boleh menyembuhkan penyakit.

Media melaporkan, pihak berkuasa membayar pampasan kira-kira AS$680 (RM2,523) kepada pemilik kambing itu, Jassir Abu Al Saeed.

Pegawai di Kementerian Pertanian, Zakaria Al Kafarna berkata, kambing jantan itu disembelih selepas terdapat laporan mengatakan susu haiwan berkenaan boleh menyembuhkan banyak penyakit.

Katanya, selepas disembelih daging haiwan itu dijual kepada seorang penduduk kaya.

“Kami mengambil keputusan menyembelih kambing ini selepas ia mencetuskan kegemparan dan kekeliruan dalam kalangan penduduk,” katanya.

Menurutnya, kambing jantan itu mengeluarkan susu akibat masalah hormon.

“Susu yang dikeluarkan oleh kambing jantan ini tidak menyembuhkan sebarang penyakit sebaliknya ia boleh membahayakan kesihatan,” tegasnya.

Tambahnya, kementerian mengambil keputusan menyembelih kambing itu bagi menamatkan kekeliruan selepas haiwan berkenaan menjadi berita hangat akhbar dan media sosial sejak beberapa minggu lalu.

Sementara itu, Jassir, 45, berkata, dia membeli kambing berkenaan daripada seorang petani yang mengimport haiwan itu dari sebuah ladang di Israel.

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI