mati kerana berpandukan gps



CHICAGO, Amerika Syarikat – Seorang wanita terbunuh dalam satu kemalangan di sini apabila kereta yang dipandu suaminya berdasarkan panduan daripada sistem penentu kedudukan global (GPS) terjunam dari jambatan yang ditutup pada Sabtu lalu.

Kejadian dilaporkan berlaku kira-kira pukul 9.30 pagi di persimpangan Jalan Riley menuju arah selatan Cline Avenue yang telah ditutup kepada pengguna sejak 2009.

Zohra Hussain, 51, meninggal dunia apabila kereta yang dinaiki terbakar selepas terjunam dari jambatan itu pada ketinggian 12.2 meter.

Bagaimanapun, suami mangsa, Iftikhar Hussain, 64, terselamat apabila berjaya keluar dari kereta sebelum terbakar.

Jurucakap Jabatan Syerif Daerah Lake, Patricia Van Til memberitahu, jalan tersebut telah ditandakan dengan pelbagai tanda halangan jalan termasuk tong dan kon berwarna oren, tanda kayu tertulis ‘jalan tutup’ dengan jalur oren dan halangan konkrit di seberang jalan.

“Penyiasat mengesyaki mangsa memandu kereta jenis Nissan Sentra itu berpandukan GPS apabila dia telah melanggar beberapa sekatan jalan raya ketika menuju arah ke jambatan itu,” tambahnya


About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI