vaksin cegah jangkitan pneumokokus





bakteria Streptococcus pneumoniae (S. pneumoniae)

PNEUMOKOKUS ialah sejenis penyakit yang disebabkan jangkitan bakteria Streptococcus pneumoniae (S. pneumoniae) yang menjangkiti kanak-kanak dan orang dewasa.

Ia boleh mengakibatkan beberapa jenis jangkitan dalam tubuh si kecil seperti jangkitan otak (meningitis), jangkitan darah (septisemia), jangkitan telinga tengah (otitis media) dan jangkitan paru-paru (pneumonia) yang boleh membawa maut.

Menurut perangkaan Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO), bakteria tersebut merupakan penyumbang utama kepada kadar penyakit global serta menjadi penyebab kematian seramai 1.6 juta orang setiap tahun.

Data tersebut turut mendedahkan penyakit pneumokokus merupakan punca utama kematian yang boleh dielak melalui vaksin terhadap kanak-kanak di bawah lima tahun seluruh dunia.

Pelbagai kempen kesedaran perlu  dilakukan oleh banyak pihak termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi memberikan maklumat dan pendidikan kepada orang ramai mengenai kepentingan pemberian vaksin kepada bayi yang baru lahir.

Vaksin perlindungan pneumokokus bagi membolehkan setiap bayi yang baru lahir di negara ini memperoleh suntikan vaksin melalui Program Pelalian Negara.

Pada ketika ini, pengambilan suntikan itu masih belum diwajibkan untuk setiap kelahiran.

Kematian akibat penyakit pneumokokus boleh dielakkan sekiranya ibu bapa prihatin untuk memberikan anak-anak mereka suntikan vaksin.

Ianya  bagi menghalang si kecil daripada terkena jangkitan bakteria S. pneumoniae.

Setiap bayi yang lahir ini mempunyai hak untuk terus hidup dalam keadaan sihat dan bebas daripada penyakit pneumokokus.

Kita perlu menyedarkan orang awam terutama ibu bapa mengenai kepentingan pemberian vaksin kepada anak-anak mereka untuk mengelakkan penyakit ini.

Setakat ini, lebih 103 negara di seluruh dunia mewajibkan pengambilan vaksin pneumokokus bagi setiap kelahiran bayi.

Malaysia belum lagi memberi penekanan untuk mewajibkan pengambilan suntikan tersebut.

Kita  percaya penyakit ini boleh dihapuskan seperti penyakit polio yang sudah tidak wujud lagi di negara ini sekiranya suntikan vaksin pneumokokus dimasukkan dalam Program Pelalian Negara.

Seorang peserta  kempen, Erina Asmawani, 31, yang turut menyatakan sokongan terhadap kempen tersebut pernah berasa kecewa apabila diberitahu seorang jururawat di sebuah klinik di ibu negara bahawa pengambilan suntikan itu tidak penting bagi kesihatan anaknya.

Ekoran maklumat kurang tepat itu, anak sulungnya dijangkiti pneumokokus dan meninggal dunia dalam tempoh seminggu.

“Saya sangat mengambil berat mengenai kesihatan dan pemakanan anak saya sehingga sanggup berhenti kerja semata-mata untuk menjaganya.

“Apabila doktor mengesahkan anak saya menghidap pneumokokus, saya tidak percaya. Ini kerana, saya jarang membawanya keluar bersiar-siar dan memberikannya susu badan.

“Dalam masa beberapa hari, keadaan anak berubah daripada demam biasa kepada demam panas sebelum disahkan meninggal dunia,” luahnya dengan perasaan sebak.

Sejak peristiwa tersebut, Erina memberikan anak keduanya suntikan vaksin bagi mengelakkan perkara sama berulang.

“Saya menyarankan kepada semua ibu bapa supaya lebih prihatin terhadap kesihatan anak-anak dengan memberikan suntikan vaksin pnemokokal. Walaupun harganya agak mahal iaitu lebih RM200 untuk satu suntikan, tapi adalah lebih baik menghabiskan wang untuk kesihatan mereka daripada menyesal di kemudian hari,” ujarnya.

Pakar Perunding Pediatrik dan Kardiologi Kanak-kanak, Dr. Yong Junina Fadzil berkata, pada peringkat awal, kanak-kanak yang dijangkiti pneumokokus akan mengalami simptom demam biasa seperti batuk dan selesema namun, ia boleh berubah dalam tempoh 24 jam.

“Apabila seorang kanak-kanak dijangkiti penyakit pneumokokal, simptom awal yang akan dialami mereka sama seperti demam biasa iaitu batuk dan selesema untuk tiga hari pertama. Namun, apabila masuk pada hari keempat, simptom tersebut akan berubah menjadi demam panas.

“Pada hari kelima kanak-kanak tersebut mulai kritikal dan beberapa hari berikutnya mungkin meninggal dunia atau mengalami masalah kesihatan dalam jangka masa panjang seperti buta dan hilang pendengaran,” jelasnya.

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI