ada beranikah jual barang tarikh luput....tapi ada orang dah jadi jutawan buat bisness ini macam...he he he

Jadi jutawan dengan jual produk luput tarikh




CLUDERAY (kanan) bersama rakan peniagaannya, Needham di gudang mereka di Sheffield, Britain.

NOTTINGHAMSHIRE, Britain – Seorang lelaki dari Worksop di sini berjaya menjadi jutawan hanya dengan menjual makanan yang telah luput tarikh melalui internet.

Lelaki tersebut, Dan Cluderay, 40, memberitahu, produk jualannya mendapat sambutan hangat daripada golongan wanita yang sibuk tetapi memilih harga yang murah.

Katanya, perniagaan syarikatnya, Approved Food itu mampu memberi penjimatan sebanyak £60 (RM336) seminggu kepada pengguna berbanding harga di pasar raya besar tetapi tetap dijamin dari segi kualiti.

Dia memulakan perniagaan tersebut selepas tertekan dengan kerjaya dalam bidang Teknologi Maklumat pada 2001 dengan menjual secara kecil-kecilan produk coklat berjenama, minuman ringan dan kerepek di kios-kios.

Menurut Cluderay, sebenarnya terdapat dua tarikh yang perlu diambil perhatian oleh pengguna iaitu ‘baik sebelum’ dan ‘gunakan sebelum’.

Jelasnya, tarikh ‘baik sebelum’ bermaksud makanan tersebut masih berada pada tahap optimum, manakala tarikh ‘gunakan sebelum’ pula melibatkan aspek keselamatan iaitu boleh mendatangkan mudarat sekiranya dimakan

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI