golongan ALE UTO NGO MELAYU CARI MAKAN mahu rafizi di penjara kerana dedah skandal NFC kepunyaan keluarga lembu mamak sharizat




Ketua pengarah Jaringan Melayu Malaysia Wilayah Persekutuan, Faizan Mohd Nor bercakap kepada media selepas membuat laporan polis terhadap setiausaha agung PKR, Rafizi Ramli di Kuala Lumpur, kelmarin...Berapa ekor lembu lu dapat arrr....?

Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Jaringan Melayu Malaysia (JMM) Wilayah Persekutuan kelmarin  menuntut polis mengambil tindakan terhadap setiausaha agung PKR, Rafizi Ramli kerana mendedahkan maklumat akaun pelanggan bank kepada media berhubung skandal National Feedlot Corporation (NFC).

Ketua pengarah JMM Wilayah Persekutuan, Faizan Mohd Nor hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi hari ini untuk membuat laporan terhadap ahli Parlimen Pandan itu, dan menegaskan pihak berkuasa seharusnya bertindak adil dengan membuka kembali siasatan agar hukuman setimpal dijatuhkan kepada Rafizi.

"Rafizi harus dipenjarakan kerana mendedahkan maklumat akaun pelanggan bank kepada media dan kini masih bebas."

"JMM Wilayah Persekutuan menegaskan sekali lagi tidak ada individu, ahli Parlimen atau orang kenamaan yang sewenang-wenangnya berasa istimewa jika bersubahat dalam Akta Bank dan Institusi-institusi Kewangan (Bafia)," katanya kepada pemberita di depan Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, Kuala Lumpur, kelmarin.

Beliau berkata mengikut Bafia, sekiranya disabitkan, Rafizi boleh dikenakan penjara selama 3 tahun atau didenda RM3 juta atau kedua-duanya sekali.

‎Skandal NFC menjadi topik hangat apabila Laporan Ketua Audit Negara 2010 menyatakan terdapatnya kecelaruan terhadap projek ternakan lembu yang diuruskan keluarga bekas menteri, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Semenjak itu, beberapa siri pendedahan dibuat PKR, termasuk pembelian dua unit kondominium mewah di Bangsar, Kuala Lumpur, ditambah satu lagi kondo mewah di Singapura dan pertuduhan menggunakan dana berkenaan untuk kegunaan peribadi keluarganya.

PKR turut mendakwa keluarga Shahrizat menggunakan hampir RM600,000 daripada dana NFC untuk membayar hutang kad kredit mereka pada 2009.

Bagaimanapun, NFC menafikan dakwaan tersebut dan menegaskan perbelanjaan kad kredit tersebut digunakan hanya untuk tujuan perniagaan.

NFC turut menafikan dakwaan dan tuduhan dana RM250 juta itu dimasukkan ke dalam akaun mereka sebelum perjanjian pinjaman berkenaan ditandatangani.

Pada masa sama Faizan membidas Rafizi yang menggunakan bekas kakitangan Public Bank, Johari Mohamad sebagai kambing hitam dan alat untuk kepentingan menjatuhkan musuh politiknya.

"Rafizi berdaftar dengan Institut Akauntan Malaysia dan menunjukkan kebodohan beliau mentafsir akta Bafia," katanya.

Beliau pada masa sama mempersoalkan tindakan penguatkuasaan yang lemah daripada polis dan peguam negara kerana membiarkan naib presiden PKR itu bebas meskipun melanggar undang-undang.

"Kita tidak mahu adanya sikap pilih kasih dalam mensabitkan kesalahan terhadap mana-mana ‎individu, tidak ada sesiapa pun yang melebihi undang-undang.

"Tindakan mendakwa dan memenjarakan Rafizi adalah satu tindakan tepat dan akan memberi pengajaran kepada sesiapa sahaja yang berbuat perkara itu." katanya.

Katanya lagi, JMM juga tidak teragak-agak memberi tekanan kepada pihak polis membuka semua siasatan terhadap Rafizi sekiranya laporan polis hari ini tidak diendahkan.

"Sekiranya tidak ada tindakan daripada pihak polis, kita tidak akan berhenti, kita beri jaminan JMM seluruh Malaysia akan turun membuat laporan sehinggalah pihak berkuasa membuka siasatan," katanya




##


hah...jilat jangan  tak  jilat...selagi berapa  ekor lembu tak dapat dalam genggaman...atau habuan  jawatan senator masih  belum dalam tangan...bab membodek hang no 1...akta bafia terpakai jika tiada kes...tapi dalam kes NFC...ianya merupakan satu kes yang perlu dedahkan  untuk melihat sebarang penyelewengan  yang berlaku melibatkan wang rakyat...faham tak...!!!

taktik JMM  ini  tak menjadi... beliau kempunan menjadi hero,..tindakan beliau hanya menonjolkan kebengongan seorang manusia dan kerja seorang pengampu. Tolonglah buat kerja lain yang lebih berfaedah kepada rakyat.

Kita perlu dedah semua penyelewengan.....itu duit rakyat...JMM nampaknya cuba bersekongkol dengan kemungkaran

Kerja dia mengampu puak Umno dan cari makan secara tidak halal sebegini. sampai org semulia Rafizi nak kena penjara pula tetapi yg zalim guna duit dan seleweng itu ini tak nak pulak  cadang dipenjara .Banggang lembu sekor nih...!!!

Macam ni punya manusia pun boleh hidup atas dunia ka?

kalau macam inilah Nampaknya Malaysia sudah terbalik.. tukang buat laporan dan pendedahan pulak yg kena tangkap.. tukang bawak lari duit terkepas dan dilindungi undang2. kalu gitu kepas ni setiap rompakan sama ada rompakan bank, pecah rumah jangn sapa2 buat report. sebab kalu repot bukan perompak yg kena tangkap tapi  tukang buat report.. kita tengok je dari jauh...

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI