tempat berbau busuk jadi tumpuan pelancong



KELIHATAN beberapa pekerja sudah sedia menunggu sampah yang dipunggah keluar dari lori.



SEORANG pelancong menutup hidung kerana tidak tahan dengan bau busuk ketika melawat tapak pelupusan sampah tersebut



BEBERAPA orang kanak-kanak bekerja untuk mencari barangan kitar semula di sebuah tapak pelupusan sampah di Siem Reap

SIEM REAP, Kemboja – Sebuah tapak pelupusan sampah di sini menjadi tarikan pelancongan terbaharu setanding dengan kuil Angkor Wat apabila ramai pelancong datang semata-mata untuk mengambil gambar kanak-kanak yang mengumpul barangan kitar semula.

Terdapat kira-kira 200 pekerja di tapak tersebut dengan 50 daripadanya merupakan kanak-kanak yang tinggal bersama keluarga mereka di kawasan sekitarnya.

Seorang jurugambar, David Rengel memberitahu, kawasan itu telah menjadi salah satu destinasi tarikan pelancong yang datang setiap hari sehinggakan hotel dan pemandu pelancong turut menawarkan pakej lawatan ke tapak pelupusan sampah tersebut.

"Pakej lawatan ini seolah-olah seperti mengeksploitasi kanak-kanak dan keluarga mereka untuk mengaut keuntungan sekali gus merendahkan darjat anak-anak kecil ini sebagai objek riadah," katanya.

Rengel turut menggelar aktiviti sedemikian sebagai ‘pelancongan kotor’ dan mendakwa semakin ramai pelancong menghabiskan masa melawat kawasan miskin seperti rumah anak yatim, setinggan dan tapak pelupusan sampah di seluruh dunia.

Kanak-kanak di kawasan ini menghabiskan masa sekitar 10 jam sehari untuk mengutip kaca, kertas, besi dan bahan kitar semula untuk dijual kepada pemilik tapak pelupusan sampah tersebut.

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI