guna iPhone untuk wanita lahirkan anak



RIVERA memangku bayi lelaki yang dilahirkan melalui perantaraan panggilan video dengan doktor.

NEW JERSEY, Amerika Syarikat – Seorang wanita di sini melalui situasi genting apabila terpaksa melahirkan anak di sebuah hospital di sini tanpa bantuan doktor di sisinya.

Wanita tersebut yang dikenali sebagai Rivera dari Newark bagaimanapun berjaya dalam proses itu hasil kecanggihan teknologi yang membolehkan seorang doktor wanita memberi arahan kepadanya melalui panggilan video FaceTime menggunakan telefon iPhone milik suaminya.

“Kami tidak dapat menunggu doktor kerana kepala bayi sudah terkeluar. Mujur, suami saya sempat menelefon doktor, Meena Devalla dan dia memberikan arahan menerusi FaceTime,” ujarnya yang selamat melahirkan seorang anak lelaki yang dinamakan Raphael.

Pada awalnya, Rivera berkunjung ke hospital tersebut untuk membuat pemeriksaan biasa dan diselia oleh pembantu perubatan yang tidak mempunyai pengalaman di dalam bilik bersalin.

“Devalla memberikan arahan kepada kami dengan tenang dan jelas sehingga bayi selamat dilahirkan 20 minit kemudian,” ujar salah seorang pembantu perubatan, Oswaida Torres


About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI