sejak bila pulak OKU ada yang jadi penguatkuasa nih....atau orang normal tiba tiba jadi OKU kot demi kerana pemalasnya...!!!



UMUM mengetahui tempat letak kenderaan khas yang disediakan adalah untuk memudahkan pengguna orang kurang upaya (OKU).

Namun, kesedaran terhadap kemudahan ini nampaknya masih kurang memuaskan berdasarkan wujudnya penyalahgunaan dalam kalangan masyarakat.

Bukan sekali dua kita mendengar isu pengguna normal meletakkan kenderaan mereka di parking yang dikhaskan ini.

Sebut pasal ‘pengguna normal’ ni, apa pendapat anda apabila menyaksikan gambar yang kita nak  kongsikan ini?

Amat terang lagi bersuluh kesalahan motorsikal yang dipakir oleh pegawai pengguatkuasa Majlis Perbandaran Jasin ini telah menyalahi undang-undang.

Gambar ‘penguatkuasa OKU’ tersebut dikatakan berada di Medan Selera Bukit Kepok, Merlimau, berhampiran dengan UITM Jasin.

Hmm…gara-gara gambar ini,  sudah tentu ramai turut mempersoalkan kewibawaan anggota penguatkuasa majlis perbandaran yang dikatakan begitu cepat mengeluarkan saman jika perkara sama dilakukan pengguna kenderaan lain.

Mungkin pegawai penguatkuasa ini merupakan ahli OKU juga, manalah tahu kan.

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI