tak habis habis dengan cadbabi...timbul isu baru salahkan pihak ketiga pulak dah...apa pun tepuk dada tanya selera...!!!








Gara-gara foto imej babi yang tertera di atas kepingan coklat keluaran jenama Cadbury, trauma orang ramai terhadap isu kandungan haram produk berkenaan kembali berlegar.

Mana taknya, pada Mei tahun lalu, Kementerian Kesihatan mengesahkan dua produk keluaran Cadbury mengandung DNA babi (porcine) lantas syarikat itu terpaksa menarik balik kesemua jualannya di pasaran.

Lagi parah, disebabkan majoriti pengguna di Malaysia merupakan penganut Islam, lantas kesemua jualan syarikat tersebut diboikot.

Mengambil inisiatif dari kisah lalu, wakil dari Cadbury Malaysia menafikan bahawa produk coklat jenis Cadbury Milk Kids 20g yang tertera imej babi adalah produk keluarannya.

Menurut Ketua Perhubungan Hal Ehwal Korporat Cadbury, Raja Zalina Raja Safran, ia merupakan produk import dan dihasilkan di luar negara.

Dalam satu kenyataan hari ini, Raja Zalina berkata, “Produk ini diimport pihak ketiga yang bebas mengimport mana-mana produk keluaran luar negara.

“Pengimportan atau pembelian mana-mana coklat keluaran Cadbury oleh pihak ketiga adalah di luar kawalan pihak Cadbury Malaysia dan kami tidak mempunyai hak untuk menyekat mahupun mengawal mana-mana pihak yang ingin membeli dan menjual produk-produk tersebut.

“Sekiranya pengguna ingin maklumat lanjut tentang produk tersebut sila hubungi pihak penjual.”

Raja Zalina turut memberi jaminan bahawa kesemua produk keluaran Cadbury Malaysia halal dan menasihatkan agar pengguna membeli hasil keluaran tempatan bagi mengelakkan kekeliruan.

“Jadi nasihat kami, pengguna harus memilih Coklat Cadbury keluaran Malaysia.”



##


wa sampai sekarang masih meragui cadbabi nih...sebab kat negara nih semuanya boleh di beli termasuh jabatan agama islam...duit punya pasal iman dan akidah sanggup di gadai...

bila kkm dedah isu DNA  cepat cepat  penafian  dari JAKIM  tanpa sisatan yang telus...seolah seolah  kaitangan kkm yang mengesahkan DNA tersebut  buat kerja tak betul...JAKIM  dari dulu banyak menimbulkan isu kontroversi terutama termasuk bab pengagihan  wang  kutipan  zakat kepada fakir miskin dan  asnaf yang baru .

Jadi bab bab halal haram nih ni wa memang hati hati dengan kenyataan JAKIM .

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI