kejayaan pengaruh islam...mahkamah jerman benarkan guru Islam pakai tudung




GURU wanita Islam di Jerman kini dibenarkan memakai tudung selepas Mahkamah Perlembagaan menarik balik larangan memakai tudung yang dibuat pada 2003.

BERLIN, Jerman – Mahkamah di sini membuat keputusan membenarkan guru wanita beragama Islam memakai tudung di dalam kelas selagi tidak menyebabkan gangguan di sekolah.

Keputusan itu dilihat boleh mencetuskan perdebatan dalam kalangan kumpulan nasionalis yang menyifatkan keputusan itu sebagai suatu proses Islamisasi.

Mahkamah Perlembagaan dalam keputusan itu menarik balik pengharaman tudung dalam kalangan guru-guru yang dibuat pada 2003.

Pengharaman itu menyebabkan guru-guru Islam dilarang memakai tudung di sekolah, namun membenarkan penggunaan simbol-simbol Kristian seperti salib dan biarawati.

Mahkamah di Karlsruhe itu membuat keputusan ke atas satu kes yang dibawa oleh seorang wanita Islam yang disekat daripada tugasnya sebagai guru kerana dia memakai tudung.

Dalam keputusannya, mahkamah menetapkan simbol keagamaan hanya boleh disekat apabila membawa risiko gangguan di sekolah dan larangan berkenaan tidak selari dengan perlembagaan negara.

“Ini merupakan hari yang terbaik untuk kebebasan beragama,” kata Volker Beck, seorang Ahli Parlimen daripada parti pembangkang, Greens.

Beck berkata, penutup kepala yang dipakai oleh wanita Islam, Yahudi atau Kristian bukan satu ancaman kepada masyarakat Jerman.

Bagaimanapun, akhbar harian Berlin, TAZ memberi amaran bahawa Kumpulan Patriotik Eropah Menentang Pengislaman Barat (Pegida) yang sebelum ini melakukan perhimpunan di Jerman akan meneruskan ke negara lain.

“Pegida akan meraikannya,” kata TAZ di ruangan muka depan yang disertai gambar tudung kepala berwarna-warni di tingkap kedai di Berlin.

Canselor Jerman, Angela Merkel telah menuduh Pegida menganjurkan penyebaran kebencian ke atas imigran.



About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI