langgar hukum Allah SWT homoseksual di hukum mati oleh ISIS
6:19 PG
Allah SWT
,
berita
,
homoseksual
,
hukum syariah
,
iraq
,
laknat
,
luar negara
,
pejuang negara islam ( ISIL )
Edit
menunjukkan seorang lelaki yang dituduh melakukan perbuatan homoseksual dipancung secara terbuka oleh anggota IS di wilayah Nineveh, Iraq.
NINEVEH, Iraq - Tiga lelaki yang didakwa homoseksual di hukum mati oleh pejuang Islamic State (IS) apabila dipancung secara terbuka di hadapan orang ramai baru-baru ini.
Melalui imej yang disebarkan pejuang Islam berkenaan, lelaki tersebut kelihatan melutut sambil matanya ditutup dengan kain hitam, manakala seorang pemancung bersedia dengan sebilah pedang tajam. Kejadian itu berlaku di sebatang jalan raya yang sibuk di wilayah ini.
Kejadian itu dipercayai dilakukan pada Jun tahun lalu, namun lokasi sebenar tidak diketahui.
Sebelum dipancung, seorang anggota IS menggunakan pembesar suara membaca satu kenyataan kepada orang ramai bahawa dua daripada lelaki berkenaan adalah pengamal homoseks dan seorang lagi berdosa besar kerana kufur.
Pejuang ISyang menguasai sebahagian besar kawasan di Iraq dan Syria itu telah melakukan ratusan hukuman berdasarkan hukuman yang telah di tetapkan dalam Islam
Sejak menguasai kawasan tersebut, ramai pemuda telah di hukum mati selepas mereka dituduh terlibat dalam kegiatan homoseksual yang bertentangan dengan ajaran islam.
0 comments :
Catat Ulasan
SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI