susun telur atas lantai licin




MUHAMAD Anuar dan anaknya melihat telur yang berjaya didirikan di atas lantai rumah.


BALIK PULAU - Seorang lelaki memiliki kemahiran luar biasa apabila mampu menyusun telur secara berdiri di atas lantai licin yang kekal berdiri selama lebih sejam tanpa bantuan atau peralatan.

Pekerja Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) itu, Muhamad Anuar Hamid, 48, berkata, dia tidak menyangka mempunyai kemahiran itu hinggalah mencubanya sendiri selepas membaca satu artikel dalam akhbar baru-baru ini, mengenai keajaiban telur berdiri itu.

“Saya terbaca artikel mengatakan peristiwa telur berdiri adalah misteri yang belum terungkap lalu cuba menyusun telur dalam rumah.

“Saya mengambil kira-kira 20 telur dan menyusun di atas lantai rumah dan berjaya melakukannya tanpa bantuan sesiapa,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Sungai Pinang, di sini, semalam.

Menurutnya, dia mengambil masa hampir setengah jam menyusun semua telur terbabit secara berdiri dan terkejut apabila melihat semua telur itu bertahan lebih daripada sejam.

“Saya sendiri tidak tahu bagaimana ia boleh berdiri dengan begitu lama malah isteri yang bangun tidur turut terkejut apabila melihat telur berdiri dalam rumah,” katanya.

Muhamad Anuar berkata, dia turut memberitahu rakan-rakannya mengenai kemahiran dimiliki menyusun telur berdiri itu namun mereka tidak mempercayainya kerana tiada bukti.

“Saya kemudian menyusun telur dalam rumah dan mengambil gambar menggunakan kamera telefon bimbit sebelum menghantarnya kepada rakan-rakan.

“Selepas menunjukkan gambar telur berdiri itu baru mereka percaya saya mempunyai kemahiran menyusun telur terbabit dan ada antara mereka yang cuba melakukannya di rumah masing-masing, namun gagal kerana kulit telur yang licin,” katanya.

Muhamad Anuar turut melakukan demonstrasi menyusun telur berdiri itu  di atas lantai depan rumahnya dan telur itu dilihat mampu berdiri sehingga sejam.

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI