inilah cara ajar kaki kencing bersepah




SATU animasi neon yang menunjukkan perbandingan dinding biasa (kiri) dan dinding premis yang dicat menggunakan bahan hidrofobik di St. Pauli.

HAMBURG, Jerman – Gara-gara tidak puas hati dengan sikap pengunjung yang sering membuang air kecil di tempat awam, penduduk St. Louis di sini bertindak mengecat dinding premis dan taman permainan menggunakan cat jenis kalis air.

Cat jenis hidrofobik itu akan menyebabkan air kencing memantul semula kepada individu yang melakukan perbuatan tersebut sekali gus memberi pengajaran kepada pengunjung agar menjaga kebersihan.

Ahli jawatankuasa persatuan penduduk St. Pauli dan juga pemilik bar, Uwe Christiansen berkata, penduduk setempat sememangnya mengalu-alukan kehadiran pengunjung ke kawasan berkenaan, namun mereka tidak dapat menerima sikap suka membuang air kecil merata-rata di tempat awam.

"Kawasan ini sering dikunjungi lebih 20 juta pengunjung setiap tahun dan kami sudah lama bersabar dengan sikap individu kencing di dinding premis, taman permainan dan juga pintu-pintu rumah.

"Kami meletakkan papan tanda di beberapa kawasan supaya individu yang ingin membuang kecil di lokasi berkenaan akan berfikir dua kali sebelum melakukannya," katanya.

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI