bonet kereta jadi ‘port’ tupai



London: Seorang pemandu terkejut apabila bonet keretanya menjadi tempat simpanan kacang yang dicuri tupai.

Pemilik garaj DPE Autosport, David Evans berkata, tupai itu dipercayai mencuri makanan yang ditinggalkan untuk burung di sebuah rumah di Gloucestershire sebelum memasuki enjin kereta dan menyembunyikan kacang di dalam penapis udara.

“Pemilik itu hanya menyedarinya selepas membawa keretanya ke garaj kerana kelajuannya tidak mampu melebihi 60 kilometer sejam.

“Sepanjang perkhidmatan saya selama 18 tahun, saya tidak pernah melihat sesuatu seperti ini. Memang aneh dan mengejutkan.

“Saya dan rakan sekerja Helen Plaister menghabiskan satu jam menyedut keluar kacang menggunakan pembersih vakum. Percaya atau tidak jumlah kacang disedut mampu memenuhi separuh beg plastik pasar raya,” katanya.

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI