bila menteri kabinet cap ayam otak kangkung....maka pembodek tegar semuanya tolol tolol belaka....agaknya ringgit jatuh boleh pulih ekonomi kot....sia sia belajar tinggi tinggi akhirnya kelayakan akedemik dan pemikiran setaraf ijazah palsu...kah kah kah....!!!!




Ringgit, yang mencecah RM3.70 berbanding dolar AS pagi ini, "tidak menunjukkan nilai sebenar" dan tidak mencerminkan asas-asas semasa Malaysia yang masih kukuh, kata Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz.

Beliau berkata Malaysia mempunyai asas ekonomi yang menyokong mata wang yang lebih kukuh.

"Kita mempunyai penilaian dalaman kita sendiri bagi di bawah nilai dan terlebih nilai.

"Pada peringkat ini kita hanya akan mengatakan bahawa kadar semasa 'tidak menunjukkan nilai sebenar'. Beberapa pengeksport kita mungkin tidak gembira dengan apa yang saya katakan ini kerana mereka mendapat manfaat daripada mata wang yang susut nilai," katanya.

Zeti berkata demikian pada taklimat media sempena pengumuman Laporan Tahunan 2014 bank pusat itu hari ini.

Memandangkan negara merupakan antara ekonomi yang berkembang kukuh di rantau ini, beliau yakin Malaysia mempunyai asas penting yang akan menyokong mata wang lebih kukuh.

"Kita mempunyai tahap pengangguran yang rendah, kurang daripada 3%, kadar menyimpan yang tinggi dan sektor perbankan yang kukuh, lebihan dalam akaun semasa kita dan tahap rizab yang tinggi dan semua asas-asas penting ini yang akan menyokong mata wang lebih kukuh," kata Zeti.

Mengenai kemungkinan kenaikan kadar faedah AS pada Jun yang akan mencetuskan aliran keluar dana dari Malaysia, Zeti berkata aliran keluar biasanya berlaku sebelumnya.

"Apabila berlaku, ia (keadaan) sebenarnya stabil," kata Zeti.

Beliau berkata BNM mengharapkan dasar AS kembali normal.

"Ketidakpastian yang menyebabkan keadaan turun naik," katanya.

Terdahulu, Zeti berkata prestasi ringgit pada 2014 telah mengikuti dua corak ketara.

"Antara Februari dan Ogos 2014, ringgit secara amnya dalam trend mengukuh disebabkan oleh aliran masuk portfolio yang mampan.

"Bagaimanapun mulai September, ringgit bersama-sama dengan kebanyakan mata wang serantau, berdepan tekanan susut nilai setelah pelabur menjual pegangan aset kewangan di rantau ini berikutan kebimbangan mengenai kemungkinan perubahan dalam dasar kewangan AS dan tanda-tanda kelemahan dalam momentum pertumbuhan global," katanya.

Secara keseluruhannya, bagi tahun ini, ringgit menyusut nilai sebanyak 6.1% kepada RM3.4950 berbanding dolar AS, katanya.

Zeti berkata mereka yang terjejas oleh perubahan tukaran mata wang, sama ada individu atau perniagaan, harus mampu untuk mengurus pendedahan tukaran asing sekarang ini.

"Peraturan telah diliberalisasikan. Sekarang orang boleh mempunyai akaun  mata wang asing dan melibatkan diri dalam lindung nilai, yang tidak terhad kepada jumlah tertentu atau tempoh masa tertentu," katanya.

Ringgit pulih dengan ketara daripada penurunan sebelum itu dengan mengakhiri sesi dagangan Kuala Lumpur lebih tinggi berbanding dolar AS.

Pada 5 petang, mata wang tempatan berakhir pada 3.6955/6985 berbanding dolar AS daripada 3.7020/7050 semalam. – Bernama






##


Timbalan Menteri kata kejatuhan nilai ringgit bantu pulih ekonomi.



Timbalan Menteri ni kata kejatuhan nilai ringgit bantu pulih ekonomi.. sebab ini membolehkan lebih banyak produk dieksport kepasaran antarabangsa.

Produk apa yang dia maksudkan entahlah.. mungkin keropok lekor, cencaluk, ikan perkasam, jeruk dan lain-lain kot..

Tapi pada pendapat aku Timbalan Menteri ni dah bercakap tanpa melakukan penilaian yang menyeluruh dan bercakap hanya untuk menggembirakan rakyat.

Hakikatnya bagi yang terlibat dalam sektor industri tentu sudah sedia maklum kejatuhan nilai ringgit memberikan kesan terhadap pengeluaran.

dan ...habis tu ia mencerminkan apa? kalau u  import sebiji henpone dari US.. u kena tukar wang malaysia ke USD.
jika tahun 2014 u cuma byr rm3.30 utk USD1. sekarang u kena byr Rm3.70 utk USD1. itu u boleh kata tidak ada apa2 effect..?...banggang...nak membodek pon berpada pada lah...!!!

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI