bintang tenis tewas di tangan kanak-kanak pengutip bola



FEDERER kelihatan tergamam selepas pukulan bola tenis kanak-kanak berkenaan tepat jatuh di atas garisan gelanggang.



DIMITROV mengucap tahniah kepada kanak-kanak berkenaan selepas dia berjaya mengatasi Federer.

NEW YORK – Seorang kanak-kanak pengutip bola tenis ‘menewaskan’ bekas pemain No. 1 dunia, Roger Federer dalam satu perlawanan pertunjukan di Madison Square Garden di sini baru-baru ini.

Sebelum itu, kanak-kanak berusia 12 tahun tersebut diberi peluang oleh Grigor Dimitrov yang sedang menentang Federer untuk membuat servis bagi pihaknya.

Kanak-kanak itu ternyata mempunyai bakat apabila berjaya membuat hantaran balas pukulan Federer. Dia menghantar bola melepasi pemain berusia 33 tahun itu tepat ke dalam gelanggang sekali gus meraih mata kemenangan.

Federer yang sedikit tergamam dengan pukulan berkenaan bagaimanapun kelihatan tersenyum dengan pukulan tidak disangka-sangka itu.

Pada perlawanan tersebut, pemain Switzerland itu berjaya menewaskan Dimitrov yang kini menduduki ranking No. 11 dunia dengan 6-2, 1-6 dan 7-5



About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI