penyanggak siber....pencuri satu bilion alamat e-mel pengguna di dakwa



WASHINGTON – Dua warganegara Vietnam dan seorang rakyat Kanada didakwa terlibat dalam jenayah siber mencuri lebih satu bilion alamat e-mel, kata Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (AS) kelmarin.

Alamat e-mel yang dicuri itu kemudian digunakan bagi menghantar tawaran jualan produk pengisian komputer.

Menurut dokumen mahkamah yang tidak didedahkan nama syarikat yang menjadi mangsa jenayah berkenaan, Jabatan Keadilan menyifatkan kes tersebut sebagai salah satu kecurian siber terbesar berjaya dibongkar dalam sejarah AS.

Tertuduh, Viet Quoc Nguyen, 28, didakwa kerana menggodam sekurang-kurangnya lapan syarikat penyedia perkhidmatan e-mel.

Nguyen dan rakannya, Giang Hoang Vu, 25, itu juga dituduh menggunakan alamat e-mel berkenaan untuk menghantar e-mel kempen jualan.

Sementara rakyat Kanada, David-Manuel Santos Da Silva, 33, didakwa terbabit dalam konspirasi penggubahan wang haram dalam urus niaga melibatkan Nguyen dan Vu yang menerima jutaan dolar daripada komisen jualan

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI