menteri cap ayam kata penyata kewangan 1MDB adalah bersih macam projek lembu NFC mamak sharizat punya...mati mati nak pertahan projek merompak dan menipu rakyat nampaknya...!!!!





1Malaysia Development Berhad (1MDB) telah diberikan laporan bersih oleh juruaudit bagi penyata kewangan berauditnya bagi tahun 2010-2014 oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hasan Malek berkata SSM telah menganalisis penyata kewangan 1MDB yang diserahsimpan dengan SSM.

"Sehingga hari ini, tiada pelaporan oleh juruaudit 1MDB kepada SSM di bawah Seksyen 174 (8A) Akta Syarikat berhubung kesalahan serius seperti 'penipuan dan penyelewengan' ditemui sewaktu proses audit dijalankan terhadap 1MDB," katanya dalam kenyataan media selepas merasmikan majlis penutup program Santai Anak Kampung Tengkek di Hutan Lipur Jeram Tengkek kelmarin.

Katanya adalah satu kesalahan di bawah Akta Syarikat 1965 terhadap juruaudit jika juruaudit gagal melaporkan sebarang kesalahan serius kepada SSM yang membawa hukuman penjara 7 tahun atau denda RM250,000 atau kedua-duanya sekali.

Hasan berkata peruntukan Akta Syarikat berhubung penyerahsimpanan penyata tahunan dan penyata kewangan juga telah dipatuhi.

Oleh itu, katanya, penyalahgunaan dana 1MDB adalah satu dakwaan semata-mata dan telah pun dinafikan oleh pihak-pihak berkaitan termasuk 1MDB dan Petro Saudi Limited.



##


setakat menafikan...pembunuh  altantuya dan perompak besar  pun boleh lakukan...buktikan penafian  dengan menjawab tuduhan  beserta fakta  bukan setakat cakap ajer .

Ingat NFC FIDLOT  pun pada awalnya bersih juga...leps tu bila rakyat lupa kaum kerabat kamu juga yg bersihkannya..

Ada juga berita yang menyatakan USD 700 juta telah masuk saku pihak yang tertentu, adakah itu dilapor kepada SSM? Jagan perbodohkan kami.



About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI