bomba berjaya tangkap ‘King Cobra’

Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat   berjaya membuktikan kecekapan dan kepekaan dalam kejayaan menangkap seekor ular tedung gergasi sepanjang lebih dua meter di Ladang St Hellier, Bahau, Negeri Sembilan kelmarin.

Ular seberat 10 kg itu ditangkap kira-kira pukul 5 petang oleh anggota bomba dan penyelamat yang bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan daripada penduduk kampung.

Ular tedung yang berwarna perang gelap dan kekuningan ini dipercayai merupakan di antara ular terbesar berjaya ditangkap pihak Balai Bomba dan Penyelamat Negeri Sembilan.

Rupanya yang begitu menakutkan mungkin berpunca daripada usia tua ular berkenaan.

Selepas ditangkap, ular berkenaan telah dibawa pulang ke balai yang berkenaan.

Ular yang terkenal dengan gelaran King Cobra ini sangat berbisa hingga boleh melumpuhkan sekaligus membunuh mangsa yang terkena patukan bisanya.Malah, hingga kini penawar bisa (anti-venom) bagi patukannya sukar didapati.

Jasa dan pengorbanan pihak bomba dan penyelamat yang sanggup bergadai nyawa demi menyelamatkan nyawa insan lain sememangnya patut dihargai.






About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI