Cabaran polis semakin sukar, kompleks, kata Najib
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata cabaran Polis Diraja Malaysia (PDRM) kini bertambah kompleks dan sukar, mengikut masa.
"Seringkali kita melihat anggota-anggota polis berdepan dengan risiko yang tinggi dan sedia menggadaikan nyawa hanya untuk memastikan masyarakat kita kekal aman dan harmoni," katanya dalam catatan terbaru di blognya.
Ini menurutnya, termasuk daripada peristiwa Bukit Kepong pada 1950 ke pemberontakan komunis pada 60an ke peristiwa Memali pada 80an, dan baru-baru ini pencerobohan di Lahad Datu, Sabah pada 2013.
"Segala usaha, peluh dan darah yang tumpah itu tidak akan hilang dari ingatan kita seumur hidup ini," katanya.
Namun begitu, Najib menarik perhatian jarang beliau mendengar ucapan terima kasih diucapkan rakyat kepada wira-wira negara ini yang menurutnya menjalankan tugas dengan bersih, cekap dan amanah tanpa mempedulikan sebarang risiko, tohmahan, fitnah dan tuduhan yang tidak berasas dilemparkan kepada mereka.
"Hari ini, saya mengajak semua untuk berdoa agar roh mereka yang terkorban ketika bertugas dicucuri rahmat serta mengurniakan kesejahteraan kepada anggota-anggota PDRM dan keluarga yang banyak berjasa kepada Malaysia," katanya.
Dalam perkembangan sama, Najib berkata tiada sesiapa yang dapat menafikan bahawa elemen-elemen keganasan yang mula kelihatan di negara-negara asing dapat dicegah melalui perisikan dan penguat kuasaan undang-undang agar tidak berlaku di Malaysia dan menambah kepada sejarah yang sedia ada.
"Saya yakin bahawa pelaksanaan Akta Pencegahan Keganasan nanti amat penting kepada PDRM dalam usaha mereka menangani elemen-elemen tersebut demi keselamatan negara kita," katanya.
Di samping itu, tambah Najib, kerajaan juga akan mengekalkan dan memperkukuhkan Akta Hasutan bagi memastikan keharmonian antara agama dan kaum di negara ini terjamin
##
polis dah tak buat kerja hakiki ....24 jam kerja jaga tweeter ......rakyat yang tanggung risiko..elok la...rakan cop yang buat kerja.kerja polis....kerja polis sasarkan pembangkang....kerja ngangkang sape yang tak mau...patot lah jenayah menjadi jadi....ha ha ha
demokrasi ke kalau macam ini jika menyuarakan pandangan di anggap hasutan....tapi yang ini tidak pulak di ambil tindakan....ini bukan hasutan ke...?
Rampas, bakar Bible: Jabatan Peguam Negara tidak dakwa Ibrahim Ali
Home
/
balaci UMNO
/
barua UMNO
/
KTN
/
politik
/
politik kotor
/
mana ada risiko...bila polis dah duduk depan komputer jadi mata mata tweeter...rakyat yang tanggung risiko....penjenayah bermaharalela.....polis dah tak buat kerja...!!!
-
Blogger Comment
-
Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments :
Catat Ulasan
SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI