pendapatan £16,000 sebagai penguji pelet paintball



WILLS (kiri) perlu berdiri tanpa menggerakkan badan bagi membolehkan penembak menyasarkan pelet itu di bahagian badannya

LONDON – Seorang pelajar aliran komputer grafik di Universiti Kingston di sini, meraih pendapatan sebanyak £16,000 (RM88,949) setahun apabila menjadikan dirinya sebagai sasaran peluru dalam sukan paintball.

Pelajar tersebut, Jordan Wills, 19, berkata, dia ditembak di bahagian badan dengan pelet pada jarak antara tujuh hingga sembilan meter dengan kelajuan 64km/sejam selama dua hari seminggu.



KESAN lebam di badan Wills akibat impak daripada ditembak pelet paintball.

Wills bekerja sebagai penguji impak peluru paintball berkata, tugasnya hanya perlu berdiri di satu tempat dan menjadi sasaran manakala penembak akan menyasarkan pelet tersebut di bahagian badannya.

“Saya menggemari sukan paintball dan sudah biasa ditembak dengan pelet. Walaupun kelihatan lebam di badan, kesakitan yang dialami tidaklah seteruk seperti disangkakan orang ramai.


1

SALAH seorang penembak bersedia menembak Wills untuk menguji impak peluru paintball tersebut.

Sementara itu, pemilik sebuah tapak paintball di sini yang juga majikan Wills, Justin Toohig mengakui, ia adalah satu pekerjaan ekstrem, namun, beliau menegaskan langkah-langkah keselamatan telah diambil pihaknya.

“Selepas ditembak, Wills akan memberi maklum balas kepada syarikat pengeluar pelet paintball untuk menentukan tahap keselamatan dan kualiti palet untuk sukan ini,” katanya.



About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI