pemandu teksi di singapura boleh kayaraya...pemandu teksi di malaysia boleh sampai muflis di tindas pemerintah yang cekik darah...tu pasal ada yang buat part time jadi perompak dan penyeludup pendatang asing....!!!

Pemandu Teksi Singapura Gaji Cecah RM15,000 Sebulan








SINGAPURA – Biarpun ramai peniaga mengeluh mereka kerugian besar ekoran pelanggan Malaysia enggan membeli barangan akibat matawang dollar Singapura terlalu ‘kuat’ di pasaran global, lain pula cerita pemandu teksi di republik itu.

Di sebalik kelesuan ekonomi dengan KDNK 3 peratus tahun lalu iaitu terendah dalam sejarah atau separuh daripada KDNK 6 peratus dicatatkan jirannya, Malaysia; pemandu teksi Singapura sebaliknya masih lagi boleh ‘tersenyum’ lebar.

Kajian terbaharu pihak pemerintah republik itu mendapati, pendapatan bulanan bersih secara purata setiap pemandu teksi di Singapura sepanjang tahun lalu direkodkan sekitar S$3,170 (RM8,460) bagi operasi standard selama satu syif.

Malah, pendapatan bersih mereka sebenarnya boleh mencecah sehingga S$5,900 (RM15,745) sebulan jika pemandu teksi berkenaan sanggup bekerja lebih masa iaitu dua syif terutama pada musim perayaan atau cuti umum.

Perkara yang amat mengejutkan itu didedahkan oleh Menteri Tenaga Manusia Singapura, Tan Chuan Jin dalam jawapan bertulis di Parlimen pada Khamis, terhadap soalan daripada wakil rakyat GRC Tampines, Irene Ng.

Ahli parlimen wanita tersebut bertanya mengenai purata pendapatan tahunan setiap pemandu teksi di Singapura selain jumlah sebenar pemandu terbabit dan tahap kelayakan mereka yang bekerja dalam perkhidmatan itu.

Chuan Jin berkata, sehingga akhir Disember tahun lalu, seramai 98,477 rakyat Singapura memiliki lesen vokasional teksi, namun kira-kira 56,000 daripada jumlah itu berdaftar sebagai pemandu bergaji dengan syarikat teksi tempatan.

Meskipun pendapatan lumayan, agak menyedihkan apabila rekod menunjukkan 4 daripada setiap 5 pemandu teksi berusia 50 tahun ke atas; dan 9 daripada setiap 10 pemandu pula tidak memiliki taraf kelayakan pengajian yang tinggi.

Terdapat enam syarikat teksi di Singapura yang mempunyai keseluruhan 28,558 buah kereta dengan paling besar, popular dan tertua di republik itu, Comfort ditubuhkan sejak 1970 serta memiliki 12,608 buah teksi berwarna badan biru.

Kadar tambang teksi juga ditetapkan berdasarkan faktor penawaran pasaran semasa sejak 1998 bagi mewujudkan persaingan sihat dan menggalakkan rakyat lebih selesa memilih pengangkutan awam berbanding memandu kereta persendirian.

Perkhidmatan teksi di Singapura adalah antara paling cekap di dunia dan dipantau ketat Lembaga Pengangkutan Darat dengan pemandu yang gagal guna meter atau enggan ambil penumpang boleh didenda sehingga S$500 (RM1,334)




##


di negara ini pemandu teksi  hanya di pantau untuk mendatangkan hasil kepada kerajaan dan bukan menjaga kebajikan mereka..dah lah kebajikan mereka tidak di jaga...dengan segala kos sara  hidup  yang tinggi akibat kenaikan harga minyak  ,barangan dan perkhidmatan...maka kos maintenance  teksi menjadi semakin mahal .Ini di tambah lagi  dengan penguatkuasaan di jalanraya yang kerap mengeluarkan saman  terhadap pemandu teksi yang melakukan  pelbagai kesalahan traffic.

malah semakin banyak lesen yang di keluarkan tanpa kawalan kerajaan  untuk individu syarikat dan kroni maka persaingan  semakin sengit untuk merebut penumpang di satu satu kawasan .maka tidak hairan pendapatan harian yang tidak seberapa tidak mampu untuk bayar kos sewa  ,minyak dan maintenance harian kenderaan berkenaan .

Tidak hairan jika mereka buat  kerja part time lain  termasuk kerja kerja haram jadi perompak  dan penyeludup pendatang asing


Pemandu teksi laku seks oral, rompak penumpang dipenjara 48 tahun, 11 sebatan

Pemandu teksi ditahan seludup warga asing



About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI