pejuang IS serang tentera rejim bashar al assad



KERETA kebal milik tentera kerajaan Syria kelihatan mengawal kawasan pengeluaran minyak Jazel berdekatan bandar Palmyra di timur wilayah Homs baru-baru ini


DAMSYIK – Lebih 100 orang terbunuh di Syria dalam tempoh 24 jam keganasan selepas anggota kumpulan Islamic State (IS) menyerang tentera kerajaan Syria.

Jumlah kematian itu termasuk sejumlah penduduk etnik Kurdis yang diserang pengebom berani mati IS ketika mereka meraikan sambutan tahun baharu.

Lebih 70 tentera yang setia kepada Presiden Bashar al-Assad terbunuh selepas IS menyerang pusat kawalan mereka di tengah wilayah Homs dan wilayah Hama.

Kebanyakan tentera yang diserang terbunuh, manakala di Hama sahaja hampir 50 orang mati,

Dalam serangan tersebut, sejumlah anggota IS juga dilaporkan terbunuh.

Tentera rejim Bashar sebelum ini menguasai sebahagian besar kawasan di Homs dan Hama.

IS sebelum ini menghadapi tentangan sengit oleh pejuang Kurdis di wilayah Aleppo dan Raqa serta di Hasakeh. Pada masa sama kumpulan itu berdepan de­ngan tentangan daripada tentera rejim.

Sementara itu dalam kejadian lain, pengebom berani mati IS melakukan serangan ke atas minoriti Kurdis yang sedang meraikan sambutan tahun baharu etnik itu yang dikenali sebagai Nowruz di Hasakeh, timur laut Syria menyebabkan 33 orang terbunuh.

Sebanyak 33 orang terbunuh dalam serangan di Hasakeh termasuk lima kanak-kanak dan sebilangan besar terdiri daripada wanita.

Dalam kejadian itu, berpuluh-puluh orang lagi cedera dan berkemungkinan jumlah kematian me­ningkat


About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI