alcatel OneTouch IDOL 3 (5.5")











Bagi versi phablet ini , ia mempunyai skrin 5.5-inci dengan resolusi 1920 x 1080, cip pemprosesan Snapdragon 615 1.5GHz lapan-teras 64-bit dengan memori sebanyak 2GB RAM, dan mempunyai storan sebesar 32GB yang boleh ditambah dengan kad Mikro-SD. Kamera utamanya mempunyai sensor sebesar 13MP namun kamera hadapannya lebih bagus dari versi kecil, mempunyai sensor 8MP. Dari segi bateri, ia menggunakan bateri berkapasiti 2910 mAh.

Menariknya telefon ini memberikan penggunaan yang unik, dimana terdapat pembesar suara dan mikrofon pada bahagian atas dan bawah telefon pintar ini. Jika kebiasaannya kita perlu memusingkan telefon mengikut orientasi yang betul bagi menjawab telefon, dengan Alcatel One Touch Idol 3 pengguna boleh menjawabnya sama pada kedua-dua bahagian atas dan bawah. Kedua-dua pembesar suara ini juga berfungsi untuk memberikan kualiti bunyi yang lebih baik semasa memainkan media dari telefon pintar ini malah disokong oleh nama besar dalam industri audio iaitu JBL.

Kedua-dua telefon ini beroperasi menggunakan Android 5.0 Lollipop dan mempunyai paparan antaramuka yang dibangunkan oleh Alcatel sendiri. Terdapat paparan Alcatel One Touch Stream yang menyenaraikan pelbagai maklumat yang boleh dilihat menerusi homescreen dan ia menawarkan sedikit kelainan berbanding sistem paparan antaramuka dari jenama lain.

Kedua-dua telefon ini boleh menggunakan dua kad SIM dan dikatakan versi kecil akan dijual pada harga USD 199 (~RM 738) manakala versi phablet akan dijual pada harga USD 249 (~RM 924). Sekiranya ia dijual pada harga sekitar ini untuk pasaran tempatan, ia sememangnya satu tawaran yang menarik untuk telefon yang agak cantik dan unik.



info lanjut  di sini...

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI