negara ini perlu keluar dari perangkap gaji rendah dengan wujudnya GST



Di saat rakyat bersedia berhadapan perbelanjaan lebih tinggi dengan penguatkuasaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) Rabu ini, mereka bakal merasakan kesan kepada dasar ekonomi Malaysia yang sekian lama mengenakan kadar gaji rendah dan industri tempatan tidak kompetitif.

Gaji rendah tidak membantu kerajaan meningkatkan pendapatannya, kerana hanya 1.7 juta  daripada 12 juta tenaga kerja rakyat Malaysia membayar cukai pendapatan, dan Putrajaya mencari jalan menambah pendapatan dengan cukai penggunaan lebih meluas.

Namun gaji rendah adalah warisan dasar perindustrian Malaysia, menjadikan negara hab pembuatan berkos rendah dan bernilai rendah.

Walaupun ia membantu mengubah ekonomi pada awal 1990an, dasar perindustrian baharu diperlukan, kerana terdapat kebimbangan usaha kerajaan mencapai status negara maju dalam tempoh lima tahun tidak  mampu memperbaiki pendapatan kebanyakan rakyat.

Gesaan reformasi sektor pembuatan adalah kunci menyelesaikan masalah gaji rendah,.

Sektor itu menetapkan penanda aras, dibantu sektor minyak, gas dan utiliti, disusuli sektor perkhidmatan, katanya.

Sektor pembuatan menikmati nisbah jualan yang tinggi bagi setiap pekerja, manakala industri perkhidmatan seperti peruncitan, makanan, dan pentadbiran cenderung mendapatkan jumlah lebih rendah.

Tetapi jika gaji sektor pembuatan rendah disebabkan penurunan nilai jualan, maka gaji perkhidmatan menyusul.

Masalahnya,adalah sektor perkilangan kebanyakannya terlibat dalam pemasangan bernilai rendah dan memerlukan sedikit kemahiran, justeru gaji rendah.

Sebagai contoh, kita menghasilkan komponen yang dihantar ke China yang seterusnya menggunakan komponen itu untuk menghasilkan produk siap yang kemudian dieksport ke Amerika Syarikat.

Dan kerana ia bergantung kepada pekerja asing dari negara miskin yang menerima upah rendah bagi mengekalkan kos rendah, industri ini tidak berupaya menawarkan gaji lebih tinggi menarik rakyat Malaysia.

Gesaan menggerakkan industri Malaysia dalam rantaian lebih bernilai tinggi bukanlah baharu dan sesuatu yang perlu dilakukan pentadbiran Najib.

Kesedaran tidak sepadan dengan dasar yang cukup agresif untuk mengemudi industri daripada model bernilai rendah menjadi pengeluar bernilai tinggi.

Kerajaan juga menolak bergantung kepada sektor perkhidmatan, seperti dinyatakan dalam Pelan Transformasi Ekonomi, mengambil alih daripada pembaharuan sektor pembuatan.

Pada masa sama, agensi kerajaan,  masih meneruskan dasar menggalakkan industri berkemahiran rendah datang ke Malaysia membuka kedai.

Anda lihat agensi membuka lebih banyak taman perindustrian untuk membawa masuk lebih banyak syarikat asing. Terdapat sedikit desakan dalam industri tempatan untuk melabur semula ke dalam program peningkatan kemahiran, teknikal dan penyelidikan.

Sebaliknya, apabila syarikat membuat keuntungan, mereka pergi dan membeli hartanah di luar negara.

Ini bertentangan dengan kuasa perindustrian baharu seperti Korea Selatan, Jepun dan Jerman yang mengembangkan dasar sektor pembuatan mereka.

Mereka memupuk industri tempatan dan memilikinya. Kadang-kala mereka bekerjasama dengan syarikat asing yang mempunyai teknologi strategik.

Bagaimanapun, terlalu bergantung kepada firma-firma asing tidak akan memberi firma tempatan ruang untuk berkembang. Ini adalah sebahagian daripada masalah Malaysia.

Kita bergantung terlalu banyak pada FDI (pelaburan asing langsung) untuk menolak sektor perkilangan dengan teknologi dan R&D yang kita tidak miliki atau lakukan.

Oleh itu, kita hanya akan berakhir dengan membuat barangan untuk orang lain.

Insentif tetap sama dan disasarkan menarik pelaburan, bukan menggalakkan syarikat melaksana dan mempertingkatkan prestasi mereka.

Para pelabur mendapat penangguhan cukai yang lama, air, elektrik, minyak yang murah serta pasaran buruh yang ditindas.

Selain keperluan pemilikan tempatan sebanyak 30%, mereka tidak akan memindahkan teknologi, mencapai sasaran pengeluaran, meningkatkan skala industri mereka kepada nilai tambah yang lebih tinggi (produk).

Daripada menggalakkan lebih banyak firma asing masuk ke Malaysia untuk menubuhkan pusat pemasangan berkos rendah, syarikat tempatan perlu diketengahkan melabur lebih banyak wang ke dalam R&D bagi menghasilkan produk yang mempunyai nilai lebih tinggi.

Daripada membeli hartanah di luar negara, mereka perlu digalakkan melabur dalam R&D yang lebih berisiko tetapi lebih baik dalam jangka masa panjang.

Syarikat  pula  sering memberi penekanan terlalu banyak kepada pekerja dan bukannya menaik taraf mesin.

Secara umumnya, kebanyakan mesin di kilang-kilang kita sudah berusia dan membeli mesin terpakai pada permulaannya. Mereka tidak sanggup berhabis untuk menaik taraf mesin.

Mana-mana kilang, pekerja sebenarnya menyumbang kira-kira 20% kadar pengeluaran.

Namun, Bank Dunia melaporkan kadar pengeluaran di Malaysia meningkat sebanyak 6.7% daripada 10 tahun yang lalu. Tetapi gaji hanya meningkat sebanyak 2.1%.

Satu lagi cara adalah dengan memberi subsidi, sama ada dalam bentuk utiliti atau tanah, kepada syarikat yang memenuhi sasaran pengeluaran tertentu.

Kaedah ini digunakan di Korea Selatan, di mana subsidi hanya diberi kepada syarikat yang mengeluarkan produk cukup baik untuk dieksport ke pasaran dunia.

Namun insentif perindustrian hanya sebahagian daripada penyelesaian,yang menambah sistem pendidikan Malaysia juga perlu dipertingkatkan bagi menghasilkan pekerja berkemahiran tinggi yang boleh mengeluarkan produk lebih bernilai.

Keluar daripada rantaian bernilai rendah dan bergerak ke depan menuntut pekerja mahir dan ini juga bermakna gaji lebih baik dan pendapatan bagi rakyat Malaysia.

Kesalahan tidak seharusnya diletakkan kepada industri semata-mata, yang turut dikaitkan dengan model kos rendah.

Pembuat dasarlah yang sebenarnya gagal dalam membawa industri yang mampan. Sebahagiannya kekurangan visi dan keberanian.

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI