Gaji RM900 tak relevan kos sara hidup sokong kenyataan CUEPACS



Kita  menyokong saranan Kesatuan Kongres Pekerja-pekerja Perkhidmatan Awam (Cuepacs) supaya kerajaan menaikkan kadar gaji minimum kepada RM1,200.

Kadar RM900 ketika ini perlu dimansuhkan kerana tidak lagi relevan dengan kos sara hidup kini.

Gaji minimum RM1,200 itu bukan sahaja untuk pekerja Semenanjung, malah pekerja di Sabah dan Sarawak juga.

Pada masa sama, kita turut menuntut elaun sara hidup (Cola) RM300 bagi pekerja swasta.

Kadar gaji minimum yang sesuai untuk pekerja di negara ini ialah RM1,200. dan kita  senada dengan Ceupacs yang kadar RM900 tidak lagi bertepatan kerana kos sara hidup terus meningkat.

Sebelum ini, Presiden Ceupacs Datuk Azih Muda menggesa Putrajaya memansuhkan sistem tangga gaji minimum dan maksimum, yang menurutnya wajar digantikan dengan skim kenaikan gaji tahunan yang lebih baik, fleksibel dan kadar kenaikan yang munasabah mengikut peredaran zaman.

Ini kerana, beliau berpendapat penggajian kini yang mengikut Sistem Saraan Malaysia (SSM) tidak lagi relevan dan mempunyai banyak kelemahan.

Sehubungan itu,tidak mustahil akan wujud situasi lebih ramai kakitangan awam berhutang jika kerajaan tidak menaikkan gaji mereka sejajar dengan kos kehidupan kini.

Apa yang disuarakan Cuepacs adalah realiti. Kenaikan gaji tidak setimpal dengan kos sara hidup yang tinggi serta bebanan kerja.

Kerajaan perlu teliti sebaik mungkin perkara ini dan membuat pembaharuan supaya kenaikan gaji tahunan ditambah baik.

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) baru-baru ini mendedahkan 75% daripada 14 juta pencarum masih berpendapatan kurang RM2,000 sebulan dan kira-kira 15% memperoleh di antara RM2,000 dan RM5,000 sebulan. Pencarum yang berpendapatan melebihi RM5,000 adalah dalam 10%.

Faktor utama ialah mereka bermula dengan gaji rendah, tetapi nasib pekerja makan gaji secara perbandingannya tidak bertambah baik.

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI