mayat wanita terbiar selama 5 tahun dalam kereta




PONTIAC, Amerika Syarikat – Mayat seorang wanita dijumpai sudah mereput di dalam kereta di rumahnya sekaligus kematiannya baru disedari selepas lima tahun, apabila rumahnya dirampas pihak bank baru-baru ini.

Kehilangan wanita itu, Pia Farrenkopf tidak disedari keluarga dan rakan-rakan kerana dia memang suka menyendiri.

Aktiviti terakhir Pia adalah pada 25 Februari 2009 apabila dia mengeluarkan wang berjumlah AS$1,500 (RM8,374) dari akaun banknya.

Pia yang bekerja sebagai pengatur cara perisian komputer membayar bayaran ansuran perumahannya secara automatik dari akaun banknya.

Wang di dalam akaun banknya dilaporkan habis pada 2013 dan pihak bank bertindak merampas semula kediaman wanita itu.

Menurut laporan Detroit Free Press, mayat wanita berkenaan dijumpai dua pekerja yang diupah membaiki bumbung rumah itu yang bocor pada Disember tahun lalu.

Mayat wanita itu yang hanya tinggal tulang, dijumpai terbaring di tempat duduk belakang sebuah jip di dalam garaj di rumah berkenaan.

Mayat Pia ditemui bersama sejumlah surat yang masih belum dibuka, beberapa kotak rokok kosong dan sebotol wain.

Botol-botol kosong, pakaian dan sampah juga dijumpai bersepah di dalam rumah wanita berkenaan.

Seorang rakan mangsa, Joan Gill Strack berkata, keadaan rumah itu bertentangan dengan sifat Pia yang suka rumahnya bersih dan kemas.

Jurucakap polis, Michael Bouchard berkata, tiada kesan kecederaan yang ditemui pada mayat mangsa.

“Ini menunjukkan kemungkinan mangsa mati akibat sakit atau dia membunuh diri,” katanya.

Pasukan penyiasat juga menolak wanita itu mati akibat keracunan gas karbon monoksida kerana kenderaan mangsa masih berisi minyak.

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI