guna dron boleh bahayakan pesawat penumpang




Tindakan menerbangkan dron berhampiran sebuah landasan pesawat di lapangan terbang dikhuatiri mengancam keselamatan.

Kegiatan menggunakan dron untuk mengambil gambar pesawat berlepas dan mendarat memberi impak terhadap pengguna dron secara amnya.

Bagaimana jika anda hilang kawalan terhadap dron anda dan ia terbang ke arah laluan kapal terbang?.

Sebelum ini, terdapat pengguna dron yang memuatnaik gambar kapal terbang mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke laman foto popular, Instagram.

Tindakan tersebut mendapat reaksi berbeza daripada orang ramai.

Ada yang menggesa pihak pengurusan lapangan terbang atau pihak berkuasa campur tangan terhadap hal ini.

Difahamkan, peraturan Jabatan Penerbangan Awam (DCA) menetapkan dron seberat 20 kilogram ke bawah tidak dibenarkan beredar di ruang udara terkawal.

Dron seperti ini juga tidak dibenarkan dalam jarak 1.5 batu nautika (2.8km) dari sempadan lapangan terbang tanpa kebenaran pusat kawalan udara.

Dron fotografi ini yang banyak digunakan di luar negara terutama Amerika Syarikat, kini mudah dimiliki di Malaysia.

Kelebihan mengambil gambar menggunakan dron adalah dapat mencapai ketinggian atau sudut yang sukar dilakukan oleh jurufoto.

Peralatan dron kini lebih kecil, ringan, stabil, murah dan boleh dikendalikan oleh sesiapa

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI