impian kanak kanak tercapai...dapat tangan iron man




Downey yang memakai sarung tangan Iron Man meluangkan masa menguji tangan bionik Pring di sebuah pusat penyelidikan di Florida kelmarin.

FLORIDA – Seorang budak lelaki berusia tujuh tahun yang kudung sebelah tangan bukan sahaja dapat bertemu dengan watak adi wira Iron Man, malah menerima tangan bionik yang sama seperti watak dalam filem Avengers itu.

Pelakon, Robert Downey Jr. kelmarin meluangkan masa membawa watak bilionair, Tony Stark untuk memberi kejutan khas kepada Alex Pring yang lahir dengan tangan kanan tidak sempurna.

Downey kemudian mengeluarkan dua kotak, satu berisi sarung tangan Iron Man, manakala satu lagi tangan bionik untuk Pring. Mereka kemudian meluangkan masa menguji kedua-dua ‘hadiah’ berkenaan.

“Saya diberi penghormatan penuh untuk menyampaikan tangan bionik Iron Man hasil cetakan tiga dimensi kepada kanak-kanak paling kacak yang pernah saya temui,” tulis pelakon itu dalam akaun Facebook miliknya.

Tangan bionik itu dihasilkan kumpulan Limbitless Solutions yang mahu menghasilkan anggota badan daripada cetakan tiga dimensi pada kos yang mampu milik. Tangan baharu Pring cuma memerlukan kos AS$350 (RM1,300) untuk dicetak berbanding AS$40,000 (RM148,000) bagi anggota tiruan biasa.

Hadiah daripada Iron Man itu akan membolehkan kanak-kanak tersebut mengangkat objek menggunakan sensor elektronik yang mengesan pergerakan pada bahagian atas lengannya.

Projek oleh penyelidik, Alberto Manero itu dijangka dapat menyediakan anggota badan bionik mampu milik ke seluruh dunia kelak

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI