saka



Seorang manusia yang terkena hantu saka tak pasal-pasal…

Saka adalah ‘hantu belaan’ yang diwarisi turun menurun dari nenek moyang dari satu generasi ke generasi seterusnya.

Ada saka yang diwarisi dengan cara mendapat persetujuan terlebih dahulu dari individu dalam keluarga itu sendiri dan ada juga saka yang memilih sendiri keturunannya atau ahli keluarga yang disukainya walaupun tanpa persetujuan. (tidak diketahui).

Sebagai contoh, seorang datuk ada membela hantu raya, sebelum dia mati, dia harus mewariskan sakanya iaitu hantu belaan kepada anaknya. Jika anaknya enggan menerima saka tersebut, maka pemiliknya harus mencari waris generasi yang ke 3 (cucunya) secara rahsia.

Saka yang dibela perlulah dihidangkan dengan makanan yang khas pada masa-masa tertentu. Selalunya, makanan seperti telur, ayam panggang, dan pulut kuning akan diletakkan di dalam ancak. Saka mempunyai pelbagai nama gelaran bergantung kepada pemiliknya. Antara nama-nama yang digunakan ialah pendamping, datuk, sahabat dan lain-lain.

Terdapat pelbagai jenis hantu yang boleh dikategorikan sebagai saka. Antaranya adalah bajang, toyol, polong, pelesit, hantu raya, saka haiwan (harimau jadian), pontianak, penanggal, langsuir dan lain-lain lagi. Selalunya saka akan mencari anak kepada ‘tuannya’.

Saka yang tidak dijaga dengan baik selalunya akan menimbulkan huru hara kepada tuannya. Ini selalu berlaku kepada seseorang yang tidak mengetahui bahawa dirinya ada ‘dibekalkan’ dengan pendamping oleh generasi sebelumnya.

Seringkali jika terdapat gangguan di rumah pemilik saka yang baru itu, dia akan menyangkakan bahawa diri dan keluarganya diganggu oleh makhluk halus yang tidak tahu dari mana asal-usulnya.

Jika waris tersebut merupakan seorang yang kuat semangat dan kurang mempercayai perkara yang tahyul, saka ini akan bertukar tuan kepada ahli keluarga yang termuda dan masih lemah contohnya seperti kanak-kanak (belum baligh) atau orang yang baru meningkat usia remajanya.

Seseorang yang memiliki saka selalunya mempunyai sifat panas baran dan kadangkala boleh menjadi agresif walaupun ianya berpunca dari satu perkara yang kecil.

Ada juga yang bersikap pendiam namun apabila dia berbicara, kata-katanya pasti menggerunkan orang yang ditegur kesilapannya itu. Agak susah untuk memahami watak sebenar pewaris saka. Jika mereka pandai mengawal saka tersebut, tidak menjadi masalah pada orang-orang yang berada di sekeliling pewaris, namun jika dia tidak dapat mengawalnya, saka itu akan mengawal emosi dan tingkah laku tuan barunya itu.

Lebih lama saka tersebut berdamping dengan tuannya maka lebih susahlah untuk seseorang itu membuang saka dari dirinya. Dipercayai, jika saka tersebut sudah sebati dengan pemiliknya, ia tidak dapat lagi dibuang melainkan dengan cara menurunkan saka kepada waris.

Untuk membuang saka, seseorang perlulah memujuk dan berbincang dengan saka itu terlebih dahulu melalui mimpi ataupun melalui perantaraan dukun atau bomoh. Kononnya, bomoh yang arif tentang perkara ini akan memandikan individu tersebut dengan air kolah masjid atau sungai. Beberapa biji limau akan dibalut dengan kain kuning yang diikat seperti mayat dan ditempatkan di dalam ancak untuk dihanyutkan ke laut atau sungai yang mengalir.

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI