pari pari









kononnya bangkai pari-pari yang ditemui di Barat.

Makhluk pari-pari terdapat beberapa nama di dunia barat iaitu Elf, Elven dan Goblin. Nama-nama ini sebenarnya merujuk kepada pari-pari atau dirujuk juga kepada orang bunian. Pelbagai nama ini tapi merujuk orang yang sama bermaksud makhluk Jin ini sebenarnya terdiri daripada pelbagai bangsa di alam mereka, saling tak tumpah seperti kita di alam sini.

Pari-pari dipercayai mempunyai masyarakat tersendiri dan kononnya hidup seperti orang bunian. Pari-pari tidak dipelihara oleh manusia dan dikatakan hidup bebas di dalam hutan. Pari-pari dikategorikan sebagai hantu yang baik. Ia tidak menganggu manusia dengan apa juga cara sekalipun. Pari-pari dipercayai mempunyai kuasa ajaib yang digunakan untuk membantu orang yang berada di dalam kesusahan.

Hanya orang yang disukai oleh pari-pari sahaja dapat melihat rupa bentuk parasnya. Pari-pari dikatakan mempunyai bentuk tubuh manusia dan bersayap seperti rama-rama. Ianya juga boleh terbang ke sana dan ke mari. Rupanya sangat cantik dan bilangannya banyak

Terdapat pari-pari berjantina perempuan dan ada juga yang lelaki. Mereka tinggal jauh dari hidupan manusia dan biasanya di tengah-tengah hutan tebal. Selepas hujan pagi atau petang dan berdekatan dengan air sungai, pari-pari dikatakan akan keluar beramai-ramai dan hinggap di atas batu-batu di tebing sungai.

Pari-pari juga dikatakan suka minum air embun di atas rumput. Kononnya bekas minuman pari-pari amat berkhasiat untuk mengubati penyakit yang berkaitan dengan hati.


Pari-pari juga dikatakan ‘memilih’ manusia untuk dijadikan ‘rakan’. Hanya manusia yang memiliki peribadi tertentu saja akan didampingi oleh pari-pari. Antara ciri-ciri manusia yang disukai pari-pari ialah jujur, baik hati, tidak melakukan perkara-perkara jahat, suka menolong sesama manusia, bersikap lurus bendul dan bersikap amanah. Antara mantera yang selalu digunapakai untuk memanggil pari-pari ialah.

(Amaran KERAS dari DIARI BERBICARA – DIARI  BERBICARA MELARANG sesiapa sahaja mengamalkan mantera ini, kalau degil nak amalkan juga, anda TANGGUNG SENDIRI AKIBATNYA ! Sila cari GURU MURSYID kalau nak belajar ilmu persilatan/ilmu kerohanian jalan yang benar, bukan guru ilmu hitam dan seumpama dengannya, syirik adalah DOSA BESAR yang tak diampuni Allah SWT)

Hu Pari mula pari
Sintap pisau untuk
Mengatuk kepala pari
Menyungkur menyangkung
Diam kau beting
Diam kau paluh
Apa bisa kau
bisa duri
bisa kulit ukir
bisa ekor
bisa gigi
bisa mata
Bukan aku punya penawar
Malim putih punya penawar


Begitulah adanya bunyi mantera untuk memanggil si pari-pari. Sebenarnya, bagi Sejagat, dalam mantera-mantera ini sering tersisip kod-kod rahsia sekiranya dikaji secara ilmiah pasti akan mengukuhkan keimanan kita kepada Allah SWT sebagai pencipta alam semesta ini yang maha esa.

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI