kisah Hantu Bangkit



Satu ketika dahulu, masyarakat Melayu mempercayai bahawa individu yang tidak mempunyai lekuk di atas bibir, sekiranya meninggal dunia akan menjadi hantu bangkit. Perkara itu boleh dihindari dengan ‘mengurung’ kucing hitam selama 40 hari. Dipercayai mayat tersebut akan bangkit dari perkuburan menjadi hantu bangkit jika dilangkahi kucing hitam.

Sekiranya terjadi hantu bangkit, dia akan mula menziarahi saudara yang terdekar dahulu diikuti rumah-rumah orang yang dikenalinya. Dikatakan juga, dia hanya akan melepaskan tangan orang yang dipegangnya sehingga tiba waktu subuh.

Tanda-tanda hantu bangkit akan mengunjungi seseorang ialah gayung di bilik air akan bergerak dengan sendirinya.

Orang yang pernah berhutang dan tidak sempat membayar hutangnya semasa hidup tidak terkecuali daripada kunjungan hantu bangkit. Ia akan datang menuntut hutangnya dan sekiranya tidak dilunaskan, hantu bangkit akan terus mengoyakkan mangsanya seperti mengoyak sekeping kertas (biar betul…)

Dari segi namanya, hantu ini agak menyeramkan dan menakutkan, tapi kalau dikaji sifatnya, ia hantu yang melucukan. Sifatnya mirip toyol yang boleh dialihkan perhatiannya.

Orang-orang yang dikenali oleh hantu bangkit ini semasa hidupnya perlu menyusun selipar sebanyak yang mungkin dihadapan rumah. Kononnya hantu bangkit akan lalai mengira selipar sehinggalah ia pulang semula ke perkuburan apabila menjelang subuh. Kain selimut yang diperbuat dari perca kain juga boleh membantu melalaikan hantu bangkit ini.

Hantu bangkit hanya berkeliaran selama 40 hari sahaja. Perbezaan di antara hantu bangkit dengan hantu bungkus ialah hantu bungkus tidak kelihatan wajahnya manakala hantu bangkit masih tetap berpakaian lengkap seperti seseorang yang baru dikafankan cuma kain kafan di wajahnya sahaja yang terbuka.

‘Sifat’ utama hantu bangkit, ia suka berkeliaran selepas jam 12 tengah malam dan mengetuk pintu rumah yang dikenali untuk bersama ahli keluarga atau kenalan. Jika ahli keluarga rumah yang diziarahinya sedang membaca Al Quran, dikatakan hantu bangkit itu takut untuk mendekati rumah itu.

Hantu bangkit dikatakan boleh bersembang ! Sekiranya seseorang yang terserempak dan bertanya namanya, hantunya akan menjawab pertanyaan tersebut. Sifatnya mirip seperti zombie dalam filem Hollywood yang suka makan otak manusia.

Tanda-tanda seseorang itu menjadi hantu bangkit boleh dibuktikan apabila kuburnya terdapat lubang sebesar 18 sentimeter. Ada juga versi yang mengatakan hantu bangkit menjelma kerana ingin menuntut bela orang yang membunuhnya. Versi lain pula menyebut, asal-usul hantu bangkit ini terjadi akibat tidak sempat membuang susuk yang dipakai ketika hayatnya. Oleh kerana itu, hantu bangkit meminta mereka yang mengenalinya membantu membuangkan susuk tersebut.

Terdapat juga kepercayaan yang mengatakan untuk mengelakkan dari seseorang itu menjadi hantu bangkit, hendaklah diletakkan sebatang jarum emas di tangan kanannya. Sesetengah pendapat pula mengatakan hendaklah dijiruskan dengan air sagu di atas perkuburannya sebaik sahaja upacara pengebumian selesai.

Sekiranya semua usaha telah dilakukan tapi masih tidak berjaya, terdapat satu lagi cara yang boleh dianggap amat kejam dan pelik.

Kononnya, hantu bangkit ini harus dipotong kepalanya !

Anggota badan yang terpisah hendakah dikebumikan di tempat berasingan yang dipisahkan oleh anak sungai.

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI