penerima jantung termuda



Oliver yang baharu menjalani pembedahan penerimaan jantung ditempatkan di wad CCU di Hospital Kanak-Kanak Phoenix, Arizona, Amerika Syarikat.-

pheonix, Arizona – Seorang bayi pramatang berusia enam hari menjadi manusia paling muda menerima jantung baharu melalui pembedahan pemindahan organ di Amerika Syarikat (AS), demikian menurut doktor dan ibu bapa bayi tersebut.

Akhbar the Arizona Republic melaporkan, bayi bernama Oliver itu menjalani pembedahan pada Januari lalu di Hospital Kanak-kanak Phoenix di sini selepas dilahirkan tujuh minggu lebih awal dengan masalah jantung yang dijangka akan meragut nyawanya.

“Para doktor tidak meletakkan harapan tinggi untuk bayi kami dilahirkan dengan selamat dan bila air ketuban saya pecah, kami memang sudah bersedia menerima kelahiran bayi yang sudah tidak bernyawa.

“Namun, Oliver lahir dengan penuh ketabahan. Apa yang kami faham, Oliver menjadi penerima jantung baharu paling muda,” kata ibunya, Caylyn Otto.

Doktor mula mengesan masalah pada jantung bayi tersebut ketika kandungan berusia 20 minggu dan merancang untuk dilahirkan melalui pembedahan pada minggu ke-36 sebelum menjalankan pembedahan pemindahan jantung.

Bagaimanapun, Oliver lahir pada minggu ke-33, 9 Januari lalu dan terus diletakkan dalam senarai menunggu untuk pemindahan jantung sebelum satu jantung sesuai dikesan dua hari kemudian.

Pembedahan tersebut mengambil masa 10 jam dan Oliver kini dalam proses pemulihan di hospital tersebut kerana paru-parunya masih lemah. Pihak hospital memaklumkan bayi itu semakin sihat dengan berat badan 2.77 kilogram.

Bapa bayi berkenaan, Chris Crawford menamakan anaknya Oliver Hope Crawford kerana bayi itu menjadi harapan dalam suasana suram yang dialami oleh pasangan tersebut selain merupakan satu keajaiban dalam hidup mereka

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI