buaya mati kekenyangan



SEORANG petugas menarik bangkai seekor buaya lain yang turut mati akibat terlampau kenyang.



BUAYA  INI  yang berusia 100 tahun dan mempunyai masalah kegemukan ini telah mati akibat kekenyangan di Makam Hazrat Jahan Khan Ali, Bagerhat, Bangladesh

BAGERHAT, Bangladesh – Seekor buaya berusia 100 tahun di sini ditemui mati dipercayai akibat kekenyangan kerana diberi makan secara berlebihan oleh pemuja haiwan itu.

Pengunjung yang berkunjung ke Makam Hazrat Khan Jahan Ali di sini percaya dengan memberi makan ayam dan kambing sebagai ‘korban’ kepada buaya tersebut akan membawa tuah kepada mereka.

Reptilia itu yang sememangnya mempunyai masalah obesiti dikatakan menerima makanan yang sangat banyak sejak kebelakangan ini oleh penduduk yang berharap dapat meraih tuah dalam keadaan ekonomi tidak menentu di sini.


“Kami sedar dengan masalah tersebut, namun kami tidak tahu apa yang perlu dilakukan. Menurut kepercayaan lama, sesiapa memberi makan kepada buaya yang lapar, maka hajatnya akan dipenuhi,” kata penjaga buaya tersebut, Mohammed Sarwar, 40.

Kata Mohammed, kebiasaannya buaya itu hanya diberi makan ayam, namun akhir-akhir ini terdapat pengunjung yang memberi makan kambing dengan harapan akan mendapat peluang yang lebih besar terhadap sesuatu perkara yang dihajatkan.

Buaya tersebut merupakan salah seekor daripada empat buaya yang mati akibat terlampau kenyang di kuil itu

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI