bapa sewel....ikat bayi pada stereng kereta





KOMBINASI gambar menunjukkan bayi berkenaan dibiarkan dalam keadaan terikat pada stereng kereta.

TAIPEI, Taiwan – Tindakan seorang bapa yang mengikat anaknya pada stereng kereta dalam satu rakaman video pendek yang dimuat naik di sebuah laman web mendapat kecaman pelayar web berkenaan.

Video yang dirakam oleh seorang penumpang wanita yang dipercayai isteri lelaki itu menunjukkan bayi berumur kira-kira sebulan diikat ketika kereta dipandu dan dipusingkan mengikut arah haluan pemandu berkenaan sebelum bayi tersebut mula menangis.

Ramai pelayar laman web terbabit menyifatkan tindakan kedua-dua ibu bapa tersebut sebagai satu penderaan terhadap bayi mereka selain melahirkan rasa kesal dengan suara orang ketawa dalam video itu.

Pengarah Jawatankuasa Pembangunan dan Hak Asasi Kanak-kanak, Wang Wei-Jun ketika memberi komen mengenai tindakan itu bagaimanapun menyatakan bahawa perbuatan itu jelas tiada niat untuk mendera mahupun menganiaya bayi berkenaan.

“Apa yang dipaparkan cuma satu tindakan yang tidak bermoral, namun itu bukan satu penderaan kepada kanak-kanak dan perbuatan yang dilakukan oleh pasangan tersebut tidak wajar dicontohi serta boleh mengundang kemalangan,” katanya.

Video yang berdurasi 28 saat itu menjadi viral dalam kalangan pelayar web di sini dan difahamkan telah dipadamkan pada hari yang sama oleh pasangan berkenaan

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI