nyaris rentung dalam kereta ...proton kokak terbakar dan meletup




Enam sekeluarga nyaris rentung apabila kereta yang dinaiki tiba-tiba terbakar dan meletup di susur keluar Cheneh, Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (LPT2), Kemaman, kelmarin.

Insiden kira-kira pukul 10 pagi itu berlaku ketika keluarga berkenaan dalam perjalanan dari Gombak, Selangor menuju Bandar Al-Muktafibillah Shah, Dungun.

Menurut pemandu, Muhammad Syazwan Irfan Jamil, 22, dia bersama ibu bapa serta tiga adik-beradiknya sedang dalam perjalanan bagi menjemput adiknya Muhammad Syazwan Irfan di Dungun.

Bercerita disebalik kejadian, Syazwan berkata secara tiba-tiba asap dan api keluar dari bahagian belakang keretanya.

“Cemas dengan kejadian itu, saya lantas memberhentikan kereta saya dan mengarahkan semua ahli keluarga saya turun. Selang beberapa minit kemudian, kereta saya tiba-tiba terbakar dan meletup,” katanya.

Kejadian yang terlalu pantas itu mengakibatkan barangan milik mereka dalam kereta jenis Proton Exora itu tidak dapat diselamatkan.

Sementara itu, anggota Bomba dan Penyelamat turut bergegas ke lokasi kejadian.

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI