dah sewel ke apa....tukar nama kepada Abcdefg




SEORANG wanita dari Columbia membuat keputusan pelik dengan menukar namanya kepada Abcdefg Hijklmn Opqrst Uvwxyz.

Abcdefg, 36, yang sebelum ini dipanggil Ladyzunga Cyborg menyifatkan keputusannya menukar nama adalah kerana sentiasa mahukan nama yang sukar untuk disebut.

“Saya menukar nama supaya orang tidak mengenali saya. Ia bukan kerana saya telah diganggu tetapi kerana saya sukakan sesuatu yang luar biasa,” katanya, memetik laporan MirrorUK.

Abcdefg mengakui mempunyai tabiat menukar nama ekoran berasa bosan dan mahukan kelainan.

Baginya dengan menukar nama dia dapat ‘mentakrifkan semula’ dirinya bergantung kepada keadaan.

Tabiat pelik ini membuatkan dia terpaksa berjuang selama dua tahun sebelum mendapat kebenaran menukar nama lamanya.

Abcdefg merupakan pengajar subjek seni dan fotografi di tiga buah universiti dan pereka fesyen sambilan.

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI