di marahi bergayut lama akhirnya gantung diri




Bangaluru, IndiaTernyata telefon bimbit bukan saja boleh memulakan perhubungan antara manusia, malah mungkin menjadi punca berakhirnya hidup seseorang.

Sekurang-kurangnya itulah yang berlaku ke atas seorang remaja berusia 16 tahun yang diherdik kakaknya kerana terlalu lama ‘bergayut’ dengan pacarnya di telefon.

Kejadian berlaku di Kalappa Layout berhampiran, HAL timur Bangaluru.
Kata sumber, Ruma Patra ialah seorang belas pelajar sebuah kolej dari Kolkata.

Katanya, selepas dibuang dari kolej berkenaan, Ruma pergi ke bandar itu untuk menjaga bayi kakaknya.

“Kakak Ruma, Khuma, kurang senang kerana remaja terbabit bercakap dengan seorang lelaki di telefon terlalu lama.

“Khuma menegur Ruma dengan baik tetapi tidak memberi kesan,” katanya.
Lama-kelamaan, Khuma hilang sabar dan mula mengherdik adiknya.

Remaja itu kemudian mengurung dirinya di dalam bilik semalaman.
“Khuma mengetuk pintu bilik tetapi tiada jawapan.

“Mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena, Khuma memecahkan pintu bilik,” katanya.

Wanita itu terkejut mendapati Ruma tergantung dengan lehernya terjerut dengan tali yang diikat pada siling.

Polis masih menjalankan siasatan tetapi yakin Ruma membunuh diri kerana dimarahi kakaknya.

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI