najib perlu bertanggungjawab arah siasatan penuh dan telus motif pembunuhan altantuya



Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mesti menjelaskan keadaan serta memaksa pihak polis menjalankan siatan penuh dan terbuka terhadap motif di sebalik pembunuhan model Mongolia Altantuya Shaaribuu kerana kes itu mempunyai kepentingan umum dan antarabangsa.

Ini kerana, Mahkamah Persekutuan di dalam penghakimannya tidak menjawab soalan itu.

Kita  berpandangan perdana menteri mesti bertindak menjelaskan keadaan. Seorang perdana menteri yang rasional tidak boleh sombong dalam situasi seperti ini.

Najib perlu menuntut satu jawapan dan beliau bertanggungjawab mengarahkan siasatan penuh dan terbuka bagi mengetahui siapa yang mungkin mengarahkan pembunuhan Altantuya dan mengapa.

Memandangkan mahkamah tidak menjawab soalan-soalan yang berkaitan itu, “teka teki” itu masih terbuka luas dan jika tidak diselesaikan sepenuhnya, akan menyebabkan Malaysia menjadi bahan ketawa di peringkat antarabangsa.

Rakyat Malaysia akan tetap terus meragui cara kes itu ditangani.

Najib juga perlu menjawab cadangan Ahli Parlimen Gelang Patah Lim Kit Siang untuk menubuhkan sebuah jawatankuasa Parlimen dianggotai wakil kedua-dua Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat untuk menyiasat kes itu, sekaligus mencerminkan ketelusan kerajaan Malaysia.


About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI