kenapa razak baginda beria ia mempertahan najib altantuya...?



Penganalisis politik Abdul Razak Baginda wajar  di persoal  kerana  masih melindungi Datuk Seri Najib Razak berhubung kes pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu 9 tahun lalu apabila mengata  kononnya  perdana menteri tidak pernah terlibat dalam jenayah itu.

Akuan bersumpah yang pertama (SD1) untuk penyiasat persendirian P Balasubramaniam yang diupah Razak pada 2006 yang merujuk kepada kenyataan beliau , namun Razak  masih terus-terusan mengatakan dalam satu wawancara dengan baru-baru ini yang Najib tidak bersalah dan diperlakukan dengan tidak adil.

Dalam temu bual yang disiarkan pada Khamis, Razak memberitahu  akhbar online The Malaysian Insider semuanya ialah mainan politik dan tiada kaitan antara Najib dan kematian Altantuya.

Razak bagaimanapun tidak menerangkan kenapa beliau merasakan Najib perlu dilindungi.

Tiada siapa yang tuduh Najib terlibat. Bala dalam SD1 beliau tidak mengatakan Najib mempunyai apa-apa kaitan dengan pembunuhan Altantuya.

Mendiang Bala, seorang bekas anggota polis, berkata dalam SD pertama beliau yang Razak mengambilnya bekerja pada Jun 2006 untuk menghalang Altantuya daripada mendekatinya.

Apa yang dinyatakan Bala dalam SD itu ialah Razak memberitahunya mengenai penglibatan Najib dengan Altantuya.

(Bala berkata kedua-dua Razak dan Altantuya memberitahunya, Altantuya pernah menjadi teman wanita Najib. Dakwaan ini terdapat pada perenggan 25 dan 28 dalam SD1.)

Namun Razak masih belum secara khusus menafikan beliau memberitahu Bala perkara ini.

Bala mengakui sedari awal yang beberapa perkara dalam SD1 itu juga ada merupakan khabar angin. Jadi, apa tujuannya apabila Razak mengatakan SD Bala itu khabar angin?.

Razak juga mengelak daripada mengatakan mengapa Najib, Datin Seri Rosmah Mansor, Nazim Razak, peniaga karpet Deepak Jaikishin dan ramai individu lain merasakan Bala dan keluarganya perlu meninggalkan negara ini sebaik SD1 itu dikeluarkan.

Ini tidak benar-benar memberi sebarang kredibiliti kepada penegasan Razak yang Najib ialah mangsa yang tidak bersalah dalam satu kes tipu helah politik.

Bala merupakan saksi dalam perbicaraan kes pembunuhan Altantuya, tetapi meninggalkan Malaysia dalam tergesa-gesa selepas menandatangani akuan bersumpah kedua (SD) pada 2008, yang kononnya membersihkan Najib daripada terlibat dalam kes itu.

Beliau meninggal dunia akibat serangan jantung pada 15 Mac, 2013, beberapa minggu selepas pulang ke negara ini setelah 5 tahun memaksa diri menjadi orang buangan di India.

Nampaknya Razak gagal menghargai kesetiaan Bala kepadanya.

Apabila Bala ditemuramah akhbar di London pada Julai 2010 di Holiday Villas, Bayswater, dia memberitahu pemberita dia merasakan Razak tiada kaitan dengan pembunuhan itu dan dia tidak bersalah.

Bala merasakan Razak naif dalam menyangkakan 2 komando polis itu tidak akan membahayakan Altantuya.

Adakah semua ini mengarut Encik Razak Baginda apabila beliau mengatakan SD Bala mengarut.?

Di fahamkan satu makan malam di sebuah restoran di Brickfields pada 13 Oktober 2006, yang diatur Bala supaya Razak boleh berjumpa seorang yang bernama ASP Suresh yang sepatutnya menguruskan penangkapan Altantuya.

Tetapi Suresh tidak hadir kerana beliau sendiri ditangkap Badan Pencegah Rasuah (namanya ketika itu) pada malam itu juga.

Ketika makan malam itu, Razak secara khusus memberitahu Bala dia mesti pastikan Altantuya tidak disakiti walau apa cara sekali pun.

Tetapi Razak tidak sedar apa akan terjadi apabila beliau terlibat dengan Musa Safri dan Azilah. Adakah semua ini mengarut? Ini merujuk kepada bekas pegawai khas Najib Timbalan Superintenden Musa Safri dan Ketua Inspektor Azilah Hadri.

Razak ketika wawancara itu tidak membesarkan kes jenayah itu, mengatakan dia tidak tahu motif pembunuhan kekasihnya Altantuya, tetapi menyatakan ramai yang mati dalam tahanan polis tanpa sebarang penjelasan.

Beliau dibebaskan daripada bersubahat dalam pembunuhan tahun 2006 itu tetapi dua bekas komando polis, Azilah dan Koperal Sirul Azhar Umar, didapati bersalah oleh Mahkamah Persekutuan selepas rayuan pusingan terakhir bulan ini.

"Hanya 2 anggota polis itu sahaja yang tahu. Polis yang penyangak memang bunuh orang, seperti dalam kebanyakan kes reman," penganalisis politik itu memberitahu ketika ditanya pendapatnya mengenai motif pembunuhan itu.

Azilah sedang berhadapan hukuman mati manakala Sirul melarikan diri ke Australia. Pihak berkuasa Malaysia sedang memohon agar dia diekstradisikan.

Keterangan dalam mahkamah mendedahkan wanita Mongolia itu dibunuh sama ada dengan bahan letupan C4 atau dibunuh terlebih dahulu dan mayatnya dihapuskan pada 18 Oktober 2006, di pinggir bandar Shah Alam, berhampiran ibu kota Kuala Lumpur.

Semasa perbicaraan, Razak yang juga rapat dengan Datuk Seri Najib Razak, mendapatkan pertolongan Musa kerana tidak tahan dengan gangguan daripada Altantuya.

Musa pada masa itu merupakan pembantu peribadi Najib, yang ketika itu timbalan perdana menteri.

Hakim Mahkamah Persekutuan memutuskan kegagalan memanggil Musa adalah punca kekalahan kes pendakwaan itu


About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI