kembali mengemis setelah di tipu pengurus sendiri







SUATU ketika dahulu, penyanyi cilik Indonesia ini pernah mendapat perhatian ramai setelah kisah hidupnya sebagai pengemis jalanan diketahui.

Lagunya, Aku Yang Dulu Bukan Yang Sekarang mencetuskan fenomena dan menjadi siulan kebanyakan anak muda di Malaysia kerana muzik dan liriknya yang jujur dan mengisahkan latar belakang kehidupannya sebelum terkenal.

“Aku yang dulu bukanlah yang sekarang, Dulu ditendang sekarang ku disayang, dulu dulu dulu kumenderita, sekarang aku bahagia.”

Sayangnya, kerana seorang individu tidak bertanggungjawab dan mengeksploitasi bakat kanak-kanak tersebut, impian Tegar untuk merubah nasibnya dan keluarga terbantut.

Menurut laporan media, penyanyi berusia 13 tahun itu dikhabarkan telah kembali menjalani kehidupan lampaunya sebagai pengemis jalanan setelah kehilangan punca pendapatan akibat ditipu pengurus sendiri.

Berita tersebut dilaporkan sendiri oleh bekas pegawai perhubungan awam syarikat rakaman naungannya. Malah menurut individu tersebut lagi, ibunya turut kembali menjalankan aktiviti tersebut bagi menampung kehidupan seharian mereka.

“Kasihan ibunya kini kembali mengemis kerana mereka tiada wang. Tidak sangka ‘A’ tergamak aniaya Tegar. Dia kini berada di kampung kerana tidak bekerja lagi.

“Saya simpati dengan Tegar. Passport Tegar telah dibawa lari bekas pengurusnya ‘A’. Disebabkan itu, Tegar tidak boleh ke mana-mana. dan terpaksa menolak tawaran persembahan di Malaysia kerana tiada passport.”

Tambah sumber tersebut lagi, pengurus itu yang dipercayai berasal dari Singapura, kini berada di Kuala Lumpur.

“Saya dapat tahu ‘A’ di sini. Dia biarkan Tegar terkontang-kanting selepas dia dah tipu budak tu. Banyak duit Tegar dihabiskan disebabkan dia.

“Ibu Tegar pernah beritahu kepada salah seorang ahli kelab peminat Tegar di Malaysia yang anaknya tidak mempunyai sebarang simpanan sejak bersama ‘A’.”

Lagi memilukan, Tegar turut didakwa ‘dikuarantin’ selama sebulan oleh pengurusnya itu dan tidak dibenarkan menghubungi keluarganya di kampung sebelum ini.

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI