ahli parlimen malaysia kebanyakkan berperangai gengster...hah...boleh tiru ahli parlimen turki bergaduh di parlimen




SEORANG ahli parlimen pembangkang, Kurkcu mengalami kecederaan di kepala dalam pergaduhan di Parlimen Turki pada malam Selasa lalu.

ISTANBUL – Parlimen Turki kelmarin menjadi huru-hara selepas satu pergaduhan besar berlaku ketika parti pemerintah cuba meluluskan satu rang undang-undang kontroversi untuk menambah kuasa polis.

Sebilangan ahli parlimen dilihat mengayun tukul kayu istiadat ketika mengejar rakan sejawat daripada parti-parti lain dalam kekecohan lewat malam yang disifatkan melucukan.

Pergaduhan itu berterusan dari malam Selasa sehingga ke awal pagi Rabu menyebabkan lima orang tercedera.

Beberapa ahli parlimen lain turut membaling cawan kepada rakan-rakan mereka di dalam Dewan, kata saksi yang juga seorang ahli parlimen wanita daripada parti pembangkang CHP, Melda Onur kepada akhbar Hurriyet.

Satu gambar yang tersebar di internet menunjukkan seorang ahli parlimen terjatuh ke dalam petak pokok hiasan ketika kekecohan itu berlaku.

Lima wakil rakyat pembangkang dilaporkan cedera dalam pergaduhan itu dengan dua daripadanya mengalami kecederaan di kepala kerana dipukul tukul kayu istiadat yang kebiasaannya digunakan speaker Dewan, lapor agensi berita Dogan.

Empat daripada mangsa yang cedera turut memerlukan rawatan lanjut di hospital, manakala sesi persidangan yang berlanjutan sehingga selepas tengah malam akhirnya ditangguhkan ke petang Rabu.

Pergaduhan bermula ketika satu sesi tertutup di Parlimen selepas ahli parlimen daripada parti pemerintah, Parti Keadilan dan Pembangunan (AKP) cuba menyekat ahli parlimen pro-Kurdis daripada Parti Demokratik Rakyat (HDP) daripada berucap.

Ahli parlimen pembangkang, Ertugrul Kurkcu mendakwa dia dan rakan-rakannya diserang menggunakan tukul kayu istiadat milik speaker di samping loceng parlimen dan kerusi besi.

Pembangkang khuatir rang undang-undang yang diperkenalkan AKP itu akan menjadikan Turki sebuah negara polis di bawah Presiden Recep Tayyip Erdogan.

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI